Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,enti halaqah muraja'ah dgn siapa?" Husna senyum. "Waalaikumussalam. Ana halaqah sekali dgn Syafiqah.kenapa?" "Oh,ana saje je tnya.enti dah smpai juzuk brapa?" "Alhamdulillah,ana dah habis 3 juzuk." "Alhamdulillah.."
Husna dan Fatin b'jalan beriringan menuju ke cafe asrama. Husna hanya tunduk setiap kali ada lelaki yg melintasinya.'Allah..payahnya nk jaga pndangan.tp apakan daya,mataku hanya dipinjam dari-MU..' Husna memujuk diri.cuba melawan kehendak hati.istighfar berlagu perlahan di bibirnya."Husna,malam ni insya Allah ada tazkirah sikit dr Pengerusi Surau Kolej.enti dtg x?" Fatin berpaling memandang Husna.Husna senyum."Bila tu?insya Allah ana datang." "Lepas solat Maghrib jemaah.dtg tau.Rugi.." Husna senyum lg..rugi..A'ah..Pengerusi tu sgt pndai bg ceramah..mnusuk kalbu.. Hati yg resah pun boleh jd tenang mndengar pengisian rohani yg disampaikannya.. "Insya Allah.."
Selepas zikrullah seringkas mungkin,Pengerusi Surau yg menjadi imam solat maghrib menadah tangan membaca doa dengan lancar dan fasih.Husna mengaminkan dgn khusyuk.dlm hatinya turut berdoa.."Ya Allah,kuatkan imanku dan tingkatkan cintaku padaMU Ya Allah..Ya Rabbi yg Maha Pengasih..peganglah hatiku agar tidak terjatuh ke tangan manusia yg tidak sepatutnya..hanya cintaMU yg kudamba..Allahurabbi..amin.." Hatiku untukMU Ya Allah..
Alif memandang ke belakang,mencari wajah Husna.dia tersengih.Wajah yg kosong dengan mekap tp serinya menambat hati.natural beauty!dia nk prempuan yg baik dan sopan santun mcm Husna.tp dia sndiri kaki prempuan.Alif sengih.x kire!nk Husna jugk!segala gerk geri Husna direnung.lembut je.Husna tiba2 angkat muka memandang papan putih lalu bertembung dengan muka Alif yg dr td asyik memandangnya.Husna trus tunduk merenung buku sambil beristighfar."Ya Allah,jgn Kau keraskan hatiku dgn dosa td..jgn juga Kau runtuhkan imanku dan imannya dgn dosa itu..hambaMU tdk pernh brniat bgtu..Allah.."
Zue menghampiri Husna.wjahnya berseri-seri. "Awak,tau x,smalam ada laki tu,dia ckp sy comel..hehe..x salahkn?dia yg puji..bkn sy..hihi.." Husna senyum.tangan sahabatnya dipegang erat. "enti memg comel..ana pun suka tgok..tp semua tu kan pinjaman dr Allah je?bukn milik kita syg oi.." Husna mencubit pipi Zue. Zue ketawa.dia mengangguk faham."hehe..ye la kan..skejp je Allah boleh trik balik.." "ana x salahkn enti pun kalo enti happy dgn pujian tu..ana pun prempuan..kite xleh lari dr fitrah mnusia tp kite cube membataskn khendak hati dgn mningktkn iman kite insya Allah.." "awak xde prasaan kt lelaki ke?haha.."Zue gelak.Husna cuma membulatkn mata tnda geram.dua-dua belah pipi Zue dtariknya.Zue ketawa lg. "hey!ape la dia nih.ingt android ke main tader prasaan gtu?haha.."Husna ketawa kecil. Hatiku untukMU Ya Allah..
Fatin memandang Husna yg tekun membuat latihan dan Alif yg dr td merenung Husna dr arah depan itu silih brganti.Dia pun mencuit Husna. "ye?ape?" matanya msih melekat pd buku latihan itu. "Alif suka kat enti eh?" Husna mengangkat muka. "Allah..tu hati dia..biarkn..ana xleh nk halang.." "enti xde hati kt dia jugk?"Fatin mnduga hati shbatnya. "hati ana milik Allah.." dua-dua mereka tersenyum sesama sendiri.Fatin mngangguk. "husna,bukn ke kite dh boleh doa dgn Allah,kita nk suami mcm mne?" "boleh je..tp ana nk brcinta dgn Allah dlu..sbb ana pegang jnji Allah..prempuan yg baik utk lelaki baik.." "amin.."
Husna memberi salam ke kiri.tangan meraup muka.keluhan kecil muncul di celah bibrnya.dia cepat2 beristighfar.x baik mengeluh.dia bgun qiam krana spnjg mlm td hatinya diganggu oleh suatu perasaan halus yg biasa hadir di hati setiap manusia biasa.dia bdiri utk mnunaikn solat sunat taubat.hatinya tidak setenang semalam.
"Ya Allah,aku redha di atas kurniaanMU kpdku..Kau hadirkn perasaan halus ini di saat aku mgejar cintaMU..aku redha Ya Tuhanku..namun yg kupinta,jgnlah Engkau lebihkn perasaan ini melebihi cintaku trhadpMU Ya Allah..biarlah cinta ini ikhlas krana MU..jika benar dia untukku,Engkau pertemukanlah kami stelah Engkau mningkatkn iman kami,sabar kami,ilmu kami,ikhlas kami Ya Rabbi..dan juga stelah kami saling mncintai kranaMU Ya Allah..dan jika dia bukan utkku,Kau ikhlaskn dan tabahkn hatiku utk mnerima ktentuanMU Ya Allahurabbi..hanya kpdMU lah aku berserah dan bertawakkal Ya Allah..amin.." Husna meraup muka.
Pd masa yg sama:
"Ya Allah,aku redha di atas kurniaanMU kpdku..Kau hadirkn perasaan halus ini di saat aku mgejar cintaMU..aku redha Ya Tuhanku..namun yg kupinta,jgnlah Engkau lebihkn perasaan ini melebihi cintaku trhadpMU Ya Allah..biarlah cinta ini ikhlas krana MU..jika benar dia untukku,Engkau pertemukanlah kami stelah Engkau mningkatkn iman kami,sabar kami,ilmu kami,ikhlas kami Ya Rabbi..dan juga stelah kami saling mncintai kranaMU Ya Allah..dan jika dia bukan utkku,Kau ikhlaskn dan tabahkn hatiku utk mnerima ktentuanMU Ya Allahurabbi..hanya kpdMU lah aku berserah dan bertawakkal Ya Allah..amin.." Farid,Pengerusi Surau meraup muka sambil beristighfar.hatinya resah semacam.serba x kena.Al-Quran dicapai menenangkan hati.lembut suaranya mngalun ayat suci Al-Quran.ketenangan dicari akhirnya menjengah jua.
"Afaf,bangun.dah nak subuh ni.nanti enta x sempat jemaah." Farid menggoncangkn tubuh shabatnya perlahan.Afaf menggeliat sebelum membuka mata.Dia mengangguk laju lalu melangkah mnuju ke bilik air.Farid mengulang juzu' 14 smentara mnunggu Afaf brsiap.mereka beriringan mnuju ke surau kolej yg menjadi pemisah asrama prempuan dan lelaki. "Farid,enta imam.ana jd bilal.." Farid mengangguk smbil trsenyum ke arah Fadhil yg volunteer diri mnjadi bilal.Fadhil terus mlangkah ke arah mikrofon surau.Azan Subuh nyaring berkumandang di udara.
Di bahagian prempuan,Husna tenang mnjawab azan di dlm hati.sewaktu imam membaca Al-Fatihah,hatinya berdegup laju tnpa sebab.trus hatinya beristighfar pjg smbil brusaha utk mngembalikn khusyuk.hati Husna berdetak. Dia? Allahurabbi.. Husna mencapai Al-Mathurat di rak Al-Quran.perlahan mngalun bacaan Mathurat dgn tenang.terngiang-ngiang bacaan Al-Quran oleh imam Subuh td di telinganya.Indah dan menenangkn.Husna menutup mata mghilangkn khayalan yg melaghakn.bacaan Mathurat diteruskn dgn khusyuk.
Husna menyusun buku2 nya dan memasukkan ke dalam beg.Fatin sudah mnunggu di luar kelas. "Muslimat." Husna berpaling ke kiri sekilas.Dia! Husna pantas berpaling semula ke depan smbil mngangguk,tanda dia sedang mndengar.tidak sanggup membiarkn wajahnya dilihat ajnabi.mujur juga masih ramai yg tidak keluar lg dr kelas.si dia tenang brdiri dgn jarak 4 depa darinya.juga mnundukkn pandangnnya. "enti dah siapkn cerpen untuk artikel surau?" "Alhamdulillah,ana dah bg kpd penolong editor muslimat."jawabnya tnpa brpaling. Farid mengangguk perlahan. "jazakallahu khoiron kathiran." "Afwan kathir."
"kenapa Pengerusi jmpa enti?"Fatin bertanya pelik. "pasal cerpen ana." "oh.." Fatin mengangguk lju tnda faham."Husna,enti puasa x hari ni?" Husna mengangguk smbil senyum, "Alhamdulillah,ana puasa.knape?nk iftor skali ke?" "Nak!" "Jom!" Mereka tergelak kecil.terasa kmanisn ukhuwwah islamiyyah di antara mereka. mereka berpimpinan tangan mnuju ke kafe prempuan utk membeli juadah b'buka puasa.
4 tahun kemudian:
Suara UNIC bergendang dari telefon bimbitnya.Husna meletakkan buku di tangannya di atas meja sbelum mnjawab panggilan itu."Assalamualaikum ummi..Ummi sihat?" "Wa'alaikumussalam syg. Alhamdulillah ummi sihat.." "Asif jiddan ummi..spatutnya Husna yg call ummi tp.....trbalik pulak.." Husna bersuara sebak mgenangkn kelalaiannya dlm mnunaikn tggungjwb trhadap ibu bapa. Ummi senyum cuma. "La ba's syg..xde apa la..ummi faham..Husna sibuk,x pun trlupa..hehe.." Ummi ketawa kecil. Husna mngesat air mata yg gugur dek rindukn umminya."Husna tau x knapa ummi call ni?" "tak tau ummi..knape?" Husna brtanya x sabar..tiba2 dia merasa bimbang trhadp abah. "ada org tanyakan Husna." "tanya apa ummi?" Ummi ketawa lg."Syg,dia mrisik Husna la..Nk ambil Husna jd isteri dia..adeh ank ummi sorg ni.." "Heh?Ape??" telefon terasa nk trgelincir dr tangannya.Husna trduduk.Kelu.Senyap.
"Husna?"Ummi cemas. "Iye ummi.."Husna mnjawab perlahan.ummi lega."macam mana syg?" "Husna nk buat istikharah dulu ummi..nk mntak ptunjuk Allah.." Husna brkata sebak.Air matanya bergenang.Ummi brsetuju tnpa byk soal.Ummi tahu,Husna perlukn ruang brfikir."Assalamualaikum ummi." "Wa'alaikumussalam syg.."
Air mata laju menitis di pipinya dr tadi.Ya Allah!Aku tak bersedia..tak bersedia utk melepaskn perasaan yg tumbuh di hatiku ini..yg ku semat di hati diam2..hanya Engkau Maha Mengetahui Ya Rabbi..Ya Allah,jika dia bukan untukku,mudah-mudahan aku tabah dan redha dgn ketentuanMU Ya Allah..akanku cuba belajar ikhlas di dlm kepahitan..Sesungguhnya untuk mendapat syurgaMU,memerlukan pengorbanan yg tinggi..Allahurabbi..Ya Kareem..air mata menitis lg..pandangan mnjadi kabur dgn bias air mata.Al-Quran dicapai dan perlahan-lahan dibuka. Tap! sekeping kertas jatuh dr Al-Qurannya.Husna membelek kertas itu.Gugur lg air matanya membaca ayat Al-Quran di atas kertas itu.. "La tahzan,innallaha ma'ana () Wa'asaa an takrohu syaian wahuwa khoirullakum,wa'asaa an tuhibbu syaian wahuwa syarrullakum,wallahuya'lamu wa antum la ta'lamun()" Pemberian Fatin ketika dia pernah bersedih dhulu..seakan menjawab segala kekusutan hatinya.Husna menarik nafas.Ya Allah!Aku redha Ya Allah dgn ketentuanMU..jika ini yg trbaik untukku,maka aku trima dgn spenuh hati..hanya kpdMU lah aku kembali..kpdMU jualah aku bertawakkal..Allahurabbi..
Telefon bimbit dicapai perlahan.mesej ditaip buat sang ibu. "Assalamualaikum ummi.. Husna terima lamaran tu.." Ya Allah,aku terima dia keranaMU Ya Rabbi Ya Rahim..Bahagiakn lah kami di dunia dan akhirat Ya Allah..satukanlah kami kembali di syurgaMU kelak Ya Rabbi..Engkau lah yg Maha Mengetahui lg Maha Penyayang..amin Ya Rabbal'alamin.. Husna senyum pahit. Dia tenang dan redha kini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap hambaNYA..
Kerusi ditarik lalu Husna duduk di atasnya.Wjah Ummi dipandang sayang. Ummi menarik tangan Husna di genggamannya. "Husna x nak tgok dulu ke muka bakal suami Husna tu?" Husna menggeleng smbil trsenyum cuma. "Takpe la ummi..Husna takut hati jd x ikhlas dah kalo tgok dia nnti.. Husna brserah pd Allah je ummi.." Ummi mengangguk stuju dgn anak prempuannya. Abah menggosok kepala Husna tanda syg. "Husna ank yg baik..Insya Allah,Allah akn memberi lelaki yg baik juga utk Husna.." Husna mengangguk sebak. "insya Allah abah.."
Dia tersedar dr lamunan sebaik tangan Fatin menyentuh bahunya. Pengantin lelaki sudah berada di depannya.. Dia tidak berani mengangkat muka,hanya merenung jari-jemarinya yang merah. Husna menghulurkan tangannya untuk disarungkan cincin. Selepas menyarungkan cincin di jari lelaki yg sah menjadi suaminya itu,Husna tunduk mencium lembut tangan suaminya. Mengalir air matanya bila bibir si suami menyentuh dahinya lama. Ya Allah! Engkau telah serahkan hatiku dan seluruh jiwa ragaku kpd lelaki yg brgelar suamiku ini.mudah-mudahan dia seorang yg taat kpdMU Ya Allah agar dengannya,aku lebih dekat kpdMU..amin..
Husna berpaling ke arah ummi yg disebelah kanannya. Tangan ummi dicapai dan dicium penuh kasih. Air mata gembira di pipi ummi disapunya dengan ibu jari.kedua-dua belah pipi ummi dicium. Ummi memeluk Husna erat. Husna teresak. Sedih bila mngenangkn dirinya sudah di bawah tanggungjawab suami,bukannya di bawah tanggungjawab abahnya lg. juga sdikit gementar mngingatkn tanggungjawabnya sebagai isteri yg tergalas di bahu. "Husna syg,ummi doakn rumahtgga kalian sntiasa dirahmati Allah.. Ingat pesan ummi,taat pd suami..skrg ni syurga Husna di bawah tapak kaki suami dh..bukn ummi lg..ingat ye syg?" Husna mengangguk sambil mengesat pipi yg basah.
"Assalamu'alaikum.." Pintu bilik diketuk dan dikuak dr luar."Wa'alaikumussalam.." Husna menjawab perlahan dr dlm bilik. Sesusuk tubuh melangkah masuk. Husna masih tidak brani mngangkat muka memandang suaminya. Dia takut. Takut hatinya tidak ikhlas lg. Suaminya mengambil tempat di sebelahnya. Ya Allah! Berilah aku kekuatan. "Zaujati.." Husna tersentak. Di...dia?? Dia berpaling ke kanan tak percaya dgn apa yg didengarnya. Dia! Ya Allah!! Lelaki itu tersenyum nipis,merenung dalam wajah isterinya. Perempuan yg selama ini mengisi hatinya sejak remaja. Yang mampu membuatnya resah dikala rindu mengetuk hati. Husna tunduk kembali menekur lantai. Ya Allah! Engkau serahkan hatiku padanya? Allahurabbi.. Alhamdulillah.. Husna tak terkata menerima kejutan dr Allah itu. Jihadnya melawan hati dan nafsu akhirnya berbalas juga.
"Zaujati,pandang abang.." Farid mengangkat dagu Husna dengan jarinya. Husna akur. Mata mereka bertentangan. "Uhibbuki lillahi taala.." Farid berbisik lembut. Husna tunduk malu. "Uhibbuka lillahi taala kaman.." balasnya perlahan. "Alhamdulillah.." jawab Farid sambil tersenyum lebar. Dahi isterinya dicium buat kali kedua. Dia merenung isterinya yg masih tertunduk itu. "Sayang blush eh?" selamba dia menyakat Husna. Husna terkejut lalu mengangkat mukanya yg merah menahan malu. Farid tertawa senang melihat Husna yg sudah menarik senyum.
"Sayang,siap. Kita jemaah sama2.." ajak Farid kpd isterinya. Husna mengangguk laju. "Sekejap,nk mandi.." "Nk suruh teman tak?" Farid ketawa lucu,mengusik. Husna menarik muka. "Berani la..campak tidur luar malam ni baru tau!" Farid ketawa lg. Indahnya bercinta selepas kahwin. Segalanya halal dan diredhai Allah. Kini,sudah masuk minggu kedua perkahwinannya dgn Husna. Dia rasa sgt bahagia. Ya Allah..Alhamdulillah..Terima kasih krna mngurniakn dia mnjadi isteriku. Mudah-mudahan rumahtgga kami kekal hingga ke syurga..Amin..
Alunan suara suaminya mengimami solat Maghrib mereka menembusi hatinya. Dalam diam dia memanjatkan stinggi-tinggi ksyukuran kpd Yg Maha Berkuasa. Allah perkenankn doanya yg tidak putus sejak perasaan halus itu mula bertapak di hatinya. Husna bersyukur atas rahmatNYA yg besar. Alhamdulillah Ya Allah.. Farid memberi salam ke kiri dan meraup muka. Dia bertasbih panjang memuji Allah Yang Maha Penyayang.
"Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami bersyukur atas sgala nikmat dan rahmat yg Engkau limpahkan kpd kami Ya Allah.. Atas sgala rezekiMU yg dkurniakn kpd kami.. Ya Allah,panjangkanlah umur kami agar kami dpt bribadat kpd MU Ya Allah.. Dan agar kami dpt melayari bahtera rumah tgga ini brsama2 dgn limpah kasih syg yg Engkau beri Ya Allah.. Ya Tuhan kami,kekalkan lah rumah tgga kami hingga ke syurgaMU Ya Allah.. Kurniaknlah kpd kami anak2 yg Engkau telah rahmati dan bakal mnjadi pejuang agamaMU Ya Rabbuna.. Suburkan lah cinta di antara kami kerana MU Ya Allah.. Allahurabbuna Ya Kareem..Ya Rahman Ya Rahim..amin.."
Farid dan Husna meraup muka. Husna menghulurkn tangannya untuk menyalami suaminya. Farid mencium dahi Husna dan kedua belah pipinya tanda kasih. Husna turut mencium pipi suaminya yg trcinta. Husna merenung Farid dalam2 hingga dia hairan. "Kenapa tengok abang mcm tu skali? Haha.." Farid mencuit hidung isterinya. Husna senyum.
"Bukan la..tiba2 terfikir sesuatu.." "Apa tu?" Farid mendekatkn tubuhnya pd si isteri. "Dulu org ade minat kat seseorg..dia baik sgt2..Hafiz Al-Quran,boleh jd imam,ade gaya pemimpin dlm stiap ucapan dia..mcm2 lah! Kalo ingat balik,x t'kire betapa bagus dan mithalinya dia..Org harap sgt si dia tu akan jd suami org.." Husna senyum mengenang kisah lama. Farid sudah berubah mukanya. "Sayang menyesal kahwin dgn abang?" tanyanya lambat2. Husna tahan senyum yg menarik pinggir bibirnya. "Tak lah..sbb org tu ialah abang.." Husna mencium pipi suaminya,lama. Farid terus memeluk isterinya erat. Dia terharu.. "Terima kasih sayang.." "Afwan kathir.."
Sebulan kemudian:
"Syang nk tau?"
"Apa?"
"Abang dulu ada minat kt seseorg jugk.."
"Iye? Dia baik eh?"
"Sangat baik..jage pandangan,pakai purdah,selalu prgi surau walaupun wktu subuh..agaknye qiam pun x tinggal.."
"Whaa..bagusnye dia.."
"Jeles tak?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Perempuan tu org kn?"
"Erk. Mana tau nih?"
"Tau la.. Tu kan gaya org nk bgtau abang yg org dah minat abang lame dah.. Kantoi la abang.." "hahaha..Tau xpe.. Pandai isteri abang ni.."
"Jazakallahu khoiran kathiran abang.."
"Afwan kathir sayang.."
Melawan nafsu adalah satu jihad.
1 akal iaitu MALU..
Carilah redhaNYA..
maka ini bukanlah kiranya blog sehelai minuman Cool Blog yang menjadi ketidakwarasan kanak kanak riang zaman ini. ini ialah blog Yui Kumi. full stop.
Popular Posts
-
“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke ap...
-
Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah....
-
Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,...
-
“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membu...
-
“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut.. “Kejap,ummi.. I’m...
-
hehe... yui kumi ni sebenarnye the true blogger...tuan empunye blog nih...sy spupu nye yg bertggungjwb mereka dan membina blog ini..hehehe....
-
“Wohooiii!!! Kau termenung eh? Kau ingat apa hah?” Kusss,semangat!! Sergahan Yumi menyedarkan aku ke dunia nyata daripada memori lama. Aku...
-
“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excite...
-
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama....