Popular Posts

Thursday, March 12, 2015

Puan Ibu clash Yui plus Che F = Bahagia!

yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama." begitu juga masa membuat loudspeaker ketika berbual dengan Puan Ibu. senior di biliknya gelak terkekeh mendengar suara dan gaya bercakap Puan Ibu sebijik seketul sama dengan yui. pergi mana2 pun orang boleh detect Puan Ibu dengan yui ada pertalian darah. no need DNA bagai dah. Inche H pernah bagitau yui yang Inche H pun terkejut dengar suara Puan Ibu. Inche H ingat yui yang cakap rupanya itu Puan Ibu yang punya suara sama dengan yui. rupanya persamaan mereka bukan setakat itu. perangai gelabah ayam kalut2 tu pun yui mewarisi Puan Ibu. yui kalau dah kelam kabut,rasa macam nak terbalik rumah dia berlari sana sini buat kerja last minute. pastu mulut yui mesti bising marah diri sendiri. masa tu suara dah serak2 nak nangis sebab kesal dengan perangai buruk sendiri. tapi berubahnya tidak pun. sama dengan Puan Ibu. kalau Puan Ibu tengah berkejar2 nak buat sesuatu benda,pastu kebetulan dia penat,mula la Puan Ibu bebel2 dengan suara nak nangis. nak tolong pun tak boleh sebab Puan Ibu suruh masak untuk Tuan Abah nak berbuka puasa. Tuan Abah cuma geleng kepala sebabnya kerja tu bukannya teruk tapi Puan Ibu jenis cepat kalut gelabah. cepat2 masak pastu pergi tolong Puan Ibu. tu pun Puan Ibu punya kalut tak hilang jugak. Puan Ibu kalau dia sedih,dia tak akan nangis depan orang. Puan Ibu tak suka tunjuk yang dia ada masalah. yui pun lebih kurang macam tu. kecuali masa hari2 terakhir sebelum habis belajar,yui sensitif sikit. kalau boleh semua benda dia nak buat dengan kawan baiknya. nangis depan2 kawan pulak tu. tak pernah2 yui nangis depan orang. tapi malam dinner dengan budak kelas dia,yui menangis sampai bengkak mata. nak2 pulak Inche H yang tough kononnya tu pun nangis sama. masa tu yui dengan Inche H tak ada apa2 hubungan lagi tapi masa tu masing2 dah tahu perasaan satu sama lain. Inche H nangis pastu mintak maaf dengan yui. pastu diorang bergambar bersama buat first time. eh dah melalut ke sini pulak. eheh. Puan Ibu sebenarnya banyak sangat persamaan dengan yui tapi yui suka menidakkan sebabnya diorang tetap ada perbezaan. kalau bab berpakaian,Puan Ibu suka anak perempuannya pakai sesuatu yang feminin tapi yui pula suka pakai selekeh baju saiz xxl dengan seluar track selekeh lepas bawah tumit. pulak dengan sneakers besar. dengan tudung lepas bawah. siap! tapi selalu kena kutuk lah dengan Puan Ibu. puas dipaksa suruh pakai kain dengan blouse. tapi yui degil. tak minat dan tak sesuai katanya. tapi kalau jalan jauh. pandai pula yui pakai baju kurung. senang jaga aurat dia kata. sopan pun sopan. eceh. tapi peliknya yui ni. dia tak minat sangat baju kaler2 terang benderang macam lampu spotlight. dia pakai kaler hitam,grey pastu kaler gelap2. tapi kalau nak pakai baju kaler2 tu boleh saja cuma bukan dalam top list baju selekeh dia lah. pastu baju selekeh dia tu mesti hoodies. tak pun baju besar gedabak. pastu dengan lambang Batman. itu lah gaya dia. selekeh dan Batman. perfect. bagi dia siapa pakai baju Batman,orang itu smart. haha. bodoh kan yui ni? tu lah haih. Puan Ibu seorang pemandu kereta yang sangat tertib dan cermat pandu selamat. bawak kereta mesti bawah 80km/h saja. tu pun jarang2 sampai 80km/h. tapi yui pula pemandu kereta yang cuma risau pada speed trap saja. kalau tiada speed trap,pedal minyak hampir cecah lantai kereta dipijaknya. pernah dia pandu dari Pekan,Pahang ke Dungun,Terengganu yang makan masa 4 jam dengan hanya kurang 2 jam sahaja. dan bila ditanya pandu berapa km/h,dia kata dia pandu 140km/h dengan santai macam tak ada apa2. mengucap panjang Puan Ibu. dan yang seronok lagi magiknya, Che F si kawan baik yui memiliki perangai yang sama. apa sahaja perangai yui yang berbeza dengan Puan Ibu akan sama pula dengan Che F. Che F ini kerjanya merempit juga. dua2 suka makan jajan gaya macam makan makanan ruji. pastu kalau nak berjoging,muka Che F lah yang dicari. nak makan aiskem pun cari Che F juga. rasa serabut serabai sikit pun terus saja text Che F dengan kadar segera. nak beli baju superhero yang selekeh2 pun bagitau Che F dahulu juga kerana Che F ni pun taste sama je sebijik seketui dengan yui. kalau jumpa binatang ke apa,dua2 ekoq ni lah yang over eksaited melihatnya. nak ajak buat pakatan pergi pedajal orang pun Che F lah orangnya. banyak jugak kalau ditimbang tilik persamaan yui dengan Che F ni. tapi beza atau sama tu bukan kayu ukurnya. yui sayang pada Che F macam yui sayang dirinya sendiri. kadang2 dah macam kekasih pun ada bila Che F hadir dalam otak yui lagi banyak dari Inche H sendiri. semua benda nak kena bagitau Che F. jumpa gambar kartun pun terus ja ingat dekat Che F. *geleng kepala* dua2 rapat macam kembar siam. yui tak banyak cakap dan Che F pula tak boleh berhenti cakap. bila mereka berdua menggila buat lawak antara benua,dua2 tak boleh berhenti berguling2 gelak terkekeh macam kena sawan. tapi itulah yang buat hidup yui jadi gembira. kalau Che F baca nukilan ini,mohon sengih sorang2 dengan perasaan bangga ye. ;)

Wednesday, March 11, 2015

kisah hidup yui yang kesian.

antara kebodohan yui adalah dia amatlah degil dan suka buat sesuatu walaupun perkara itu akan buat dia sedih sampai takmau makan selama dua hari. semalam dia dengan innocentnya pergi menstalking facebook lelaki yang beliau suka itu. dan betapa remuknya hati beliau kerana lelaki itu kelihatan sangat gembira mengkomen dengan wanita2 di wallnya. seolah olah apa yang berlaku di antara mereka langsung tidak mengeffectkan lelaki itu barang sebesar kuman pun. dan dia mula berfikir yang bukan2 yang lelaki itu sudah menyedari bahawasanya yui ini tidak baik dan tidak layak untuk lelaki itu. ini kerana lelaki itu mengepost di laman mukabukunya "perempuan baik untuk lelaki baik." dan yui yang sememangnya suka membuat telahan sendiri mula berfikir luar alam. dan dia tidur dengan mata basah pada malam itu. penangan lelaki itu agak kuat. nak dekat seminggu yui menangis tak kira siang malam. tapi dia nangis sorok2. dan bila ibunya bertanyakan tentang lelaki itu,dia menjawab yang baik2 sahaja walhal dia maklum yang lelaki itu sudah berubah. tidak seperti dulu. lelaki yang selalu menjaga batas pergaulan itu sudah berubah tapi yui tetap bercerita pada ibunya yang baik2 tentang lelaki itu. dalam hatinya berkata "lelaki yang aku ceritakan ni,dah tak ada." keciwa. mari kita sama2 mencampak belakang sekejap mengenai kisah hidup si yui ini. sebelum yui menyedari kewujudan lelaki itu (Inche H),yui terlebih dahulu berkawan rapat dengan Inche T. Inche T ini sangatlah baik serta sopan menyantun. tapi mereka cuma bersahabat tanpa tujuan. bila Inche H mula memunculkan dirinya,hati yui terpaut tapi tidak disuarakan kerana dia sedang bersahabat tanpa tujuan dengan Inche T. perasaan yui kepada Inche H semakin kuat dari hari ke hari sehinggakan yui menjadi separuh gila dan kurang waras ketika itu. tapi yui menidakkannya kerana dia fikir jodohnya ialah Inche T. tapi dia risau. hatinya sering bertanya. "macam mana aku nak kahwin dengan Inche T kalau hati aku still ada nama Inche H? dan untuk mentongsampahkan nama Inche H itu amatlah susah dan hampir mustahil. dah melekat kuat di hati. serta otak." dan dalam keserabutan itu,yui meminta untuk putus dari Inche T yang juga semakin tidak menghiraukannya sejak habis belajar(Inche T ialah senior yui). yui bergembira dengan status single berfoya-foyanya itu. hampir setiap hari dia keluar lepak makan aiskem dengan kawan baiknya Che F. Che F ni kawan berfoya foyanya dan sama gila dengan yui. tapi segila-gila Che F,Che F lah manusia paling baik yang pernah yui ada. Che F lah teman bermain,teman melepak,teman mengacau. Che F tahu Inche H sukakan yui sejak dulu lagi tapi si yui ni butakan mata dengan tulikan telinga taknak dengar nasihat orang. nak jugak mengejar Inche T yang pada masa itu sudah makin menyepi. orang lain semua dah tahu soal hati Inche H kerana Inche H tak pandai menyorokkan hatinya. kalau yui up status di wechat mahupun mukabuku,Inche H pasti up status yang lebih kurang sama. tapi si yui ni betulla bendul kalah pembaris kayu. bila yui membeli iPhone 5,Inche H juga membelinya walaupun ketika itu iPhone 5s dah keluar. bila yui memakai casing berwarna purple, Inche H juga begitu. bila yui ingin melintas jalan yang ada lelaki mat2 motor,Inche H segera teman yui sehingga yui selamat berada di kelompok kawan2nya. bila yui menangis ingin berpisah dengan kawan baiknya,Inche H juga lah yang setia memujuk dan memberi semangat. dan pada ketika itu hati yui betul2 suka pada Inche H. dan yui mula merasakan segalanya pada tempat yang betul. dia tidak lagi risau untuk melupakan lelaki lain jika dia berkahwin dengan Inche H. dia yakin dengan janji Inche H. dia rasa selamat bila dengan Inche H. dia berasa disayangi bila bersama Inche H. walaupun mereka amatlah jarang mengontact satu sama lain,yui faham kehendak Inche H yang tidak ingin terlalu rapat kerana dibimbangi terpaksa tempuh banyak dugaan. yui hanya berbual dengan kawan2 baiknya. lelaki2 yang cuba mendekatinya tidak lagi dilayan. kerana dia yakin pada Inche H. Inche H seorang yang sangat baik,imam solat,tak tinggal masjid dan macam2. yui yakin dengan Inche H kerana Inche H seorang yang rapat dengan Allah. tetapi Inche H semakin popular di kalangan gadis2. ini kerana Inche H menceburkan diri dalam bidang bina badan. Inche H sudahlah ada rupa,ditambah lagi dengan sado. makin kerap pula upload gambarnya. maka dengan itulah kiranya banyak gadis2 tertarik padanya. dan dia melayan. yui cuma memerhati dalam diam. cuma mampu menahan sedih dan mengesat air mata diam2. tiada lagi Inche H yang mengambil berat. yang buat dia tersenyum gelak guling2. yang dulu. tiada lagi Inche H yang dulu. hanya Che F yang menjadi tempat luahkan hati. Che F setia mendengar dan memberi semangat tanpa penat. setia di sisi mengulang2 kata semangat walaupun sudah berjuta kali diulang. yui pasrah. mungkin Inche H bukan untuknya. mungkin hatinya silap menilai menimbang. mungkin matanya kabur untuk melihat mana satu kaca mana satu berlian. yui mula shut off dunia. dia membawa diri. terasa bahawa usahanya sia2 belaka selama ini. dia berserah pada Allah segala2nya. yui hanya mampu berdoa meminta petunjuk dari Tuhan. minta agar ditenangkan hati dan ditabahkan diri. moga hari2 mendatang akan bawa cahaya dalam hidupnya. dan moga yui akan bahagia suatu hari nanti. in sha Allah.

keciwakah yui itu?

keciwa. yui kumi sedang keciwa dengan apa yang berlaku pada dirinya yang dirasakan tidak bersalah itu. seseorang telah berjanji padanya utk hidup dengannya dan meminta agar dia menunggu gerangan seseorang itu lagi dua tahun untuk proses lelaki itu mengumpul duit nikah. dia tunggu. dia betul2 tunggu. walaupun dia tidak mengontact lelaki tersebut,tapi dia setia menstalker facebook serta wechat lelaki itu. tujuannya untuk tahu khabar beliau. entah hidup entah melingkup. dan lelaki tersebut tersangatlah ramah mesra riang ria dengan peminat2nya. biasalah manusia sado. ada je mana2 peminat depa. dan si yui ini hanya tersenyum kelat pahit masam manis melihat keletah2 gedik lelaki itu dengan entahsapasapaentah di wall lelaki itu. dia hanya sabar dan terus setia. si yui ini dahulunya sangatlah suka berkawan dengan lelaki. dan jarang mesej2 dari lelaki tidak dibalasnya. tapi oleh kerana yui berfikir yang dia perlu mula serius kerana merasakan dirinya sudah tua untuk bermain main,makanya dia tidak lagi menghiraukan mesej2 kata pujangga dari mana2 lelaki lain. dia belajar untuk setia kerana dia pernah kecundang atas silapnya sendiri yang tidak pandai mengolah hati. lelaki itu sangat setia menunggunya. walaupun pada ketika itu yui sudah ada yg suka. namun begitu yui menyimpan rasa pada lelaki setia itu dalam diam. dan keadaan yui sangat kronik kerana tidak boleh membuang lelaki itu dari fikirannya. pernah sekali nametag kawan perempuannya yang bernama fadhilah,yui nampak nametag itu nama lelaki itu. dan dia menjerit sambil menarik rambutnya kerana risau akan kewarasan dirinya sendiri. wah,sampai ke sini saya bercerita. okey sambung balik. yui sedih tengok lelaki itu makin femes dan sado serta makin ramai peminat perempuan yang mengkomen di wallnya dan lelaki itu sudah lupa diri agaknya kerana sudah terkenal sebegitu rupa. bicaranya makin kasar. dan yui tahu dirinya sudah makin dilupakan walaupun dia baru sahaja belajar menerima lelaki tersebut dalam hidupnya. dan satu hari yui terjumpa komen lelaki tersebut yang agak gedik dimatanya di gambar seorang gadis. yui menegur. yui kata, "saya sungguh2 ni nak tunggu hang sampai 2 tahun lagi,hang jangan main2 macam ni. saya dah tak kawan dengan mana2 lelaki dah sebab saya dah serius." yep,yui dengan lelaki itu membahasakan diri mereka saya-hang. clash habis. rosak bahasa utagha. dan lelaki itu menghantar gambar yg bertulis "pegedah,itu semua temberang." panas betul hati yui ketika itu. hingga tidak mampu untuk menyambung tidur lepas subuh pagi itu. betapa lelaki itu memberi kesan hebat padanya. yui membalas "sorii sorii ampuunn maaf3 sori ganggu babai assalamualaikum." yui terus off kan phonenya dan sumbat masuk kotak balik. dia tutup terus nombor itu kerana dia merasa sedih keciwa. dia tidak mahu berhubung dengan semua orang kecuali keluarganya. yui pendam sorang2. dia senyum di depan keluarganya. dia buat seperti biasa namun hatinya hanya Allah saja yang tahu. perit,sedih,keciwa bermain2 di ruang mata. rasa terhina dan bodoh sekali kerana diperlakukan sedemikian rupa. dia merasakan dirinya bodoh kerana dia sahaja rupanya yang bersungguh2 dalam hubungan itu. dan lelaki itu mentertawakannya. bodoh! bodoh! otak yui tak mampu untuk proses perkataan lain selain perkataan bodoh. yui tak kata bodoh pada lelaki itu kerana lelaki itu amatlah pandai serta bijaksana manakala yui pula asik tidur tersengguk meleleh air liur di dalam kelas. jadi bodoh itu untuk dirinya. dia shut off dunia. dia putuskan semua perhubungan dengan dunia luar lalu menjadi alien yang bercita cita ingin pindah ke marikh. sahabat2 baiknya pun tidak dihubunginya. dia malas. dia bosan. dia takut. dia takut untuk keciwa lagi. dia takut untuk sakit lagi. dia penat untuk melayan soal hati. dia ingin bersendirian. dia ingin capai cita citanya dahulu. bukan cita cita untuk ke marikh itu,ini cerita cita cita lain. dia tahu dia akan tetap menunggu hingga dua tahun lagi. dia tahu. tapi dia tak akan terima lelaki itu jika lelaki itu kekal macam itu. dia impikan lelaki itu yang dahulu. yang baik hati. yang merendah diri. yang tak sado. yang sayang kawan2nya. yang sayang pada yui sungguh2. yang sentiasa take care dirinya tanpa penat. yang risaukan dirinya. yang ingat segala benda tentang dirinya walaupun hanya warna pakaian. lelaki itu banyak kali mengambil gambarnya senyap2 sebelum yui menerima lelaki itu dalam hidupnya. tapi semuanya dah tiada. lelaki yang yui suka dah tak ada. yang ada hanya orang lain yang menggunakan nama sama dengan lelaki kesayangan yui. dan yui tidak suka pada lelaki lain itu. lelaki lain itu sangat berbeza dengan lelaki yang yui suka. dan sekarang yui cuma ingin menjalani hidupnya sendirian. dia tak mahu diganggu. dia hanya akan terus menunggu. dan menunggu. menunggu lelaki itu yang dahulu agar kembali. if it will take forever,so I'll wait forever.

Sunday, September 18, 2011

Ya Allah..Kau serahkn hatiku padanya? Alhamdulillah..

Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,enti halaqah muraja'ah dgn siapa?" Husna senyum. "Waalaikumussalam. Ana halaqah sekali dgn Syafiqah.kenapa?" "Oh,ana saje je tnya.enti dah smpai juzuk brapa?" "Alhamdulillah,ana dah habis 3 juzuk." "Alhamdulillah.."



Husna dan Fatin b'jalan beriringan menuju ke cafe asrama. Husna hanya tunduk setiap kali ada lelaki yg melintasinya.'Allah..payahnya nk jaga pndangan.tp apakan daya,mataku hanya dipinjam dari-MU..' Husna memujuk diri.cuba melawan kehendak hati.istighfar berlagu perlahan di bibirnya."Husna,malam ni insya Allah ada tazkirah sikit dr Pengerusi Surau Kolej.enti dtg x?" Fatin berpaling memandang Husna.Husna senyum."Bila tu?insya Allah ana datang." "Lepas solat Maghrib jemaah.dtg tau.Rugi.." Husna senyum lg..rugi..A'ah..Pengerusi tu sgt pndai bg ceramah..mnusuk kalbu.. Hati yg resah pun boleh jd tenang mndengar pengisian rohani yg disampaikannya.. "Insya Allah.."



Selepas zikrullah seringkas mungkin,Pengerusi Surau yg menjadi imam solat maghrib menadah tangan membaca doa dengan lancar dan fasih.Husna mengaminkan dgn khusyuk.dlm hatinya turut berdoa.."Ya Allah,kuatkan imanku dan tingkatkan cintaku padaMU Ya Allah..Ya Rabbi yg Maha Pengasih..peganglah hatiku agar tidak terjatuh ke tangan manusia yg tidak sepatutnya..hanya cintaMU yg kudamba..Allahurabbi..amin.." Hatiku untukMU Ya Allah..







Alif memandang ke belakang,mencari wajah Husna.dia tersengih.Wajah yg kosong dengan mekap tp serinya menambat hati.natural beauty!dia nk prempuan yg baik dan sopan santun mcm Husna.tp dia sndiri kaki prempuan.Alif sengih.x kire!nk Husna jugk!segala gerk geri Husna direnung.lembut je.Husna tiba2 angkat muka memandang papan putih lalu bertembung dengan muka Alif yg dr td asyik memandangnya.Husna trus tunduk merenung buku sambil beristighfar."Ya Allah,jgn Kau keraskan hatiku dgn dosa td..jgn juga Kau runtuhkan imanku dan imannya dgn dosa itu..hambaMU tdk pernh brniat bgtu..Allah.."



Zue menghampiri Husna.wjahnya berseri-seri. "Awak,tau x,smalam ada laki tu,dia ckp sy comel..hehe..x salahkn?dia yg puji..bkn sy..hihi.." Husna senyum.tangan sahabatnya dipegang erat. "enti memg comel..ana pun suka tgok..tp semua tu kan pinjaman dr Allah je?bukn milik kita syg oi.." Husna mencubit pipi Zue. Zue ketawa.dia mengangguk faham."hehe..ye la kan..skejp je Allah boleh trik balik.." "ana x salahkn enti pun kalo enti happy dgn pujian tu..ana pun prempuan..kite xleh lari dr fitrah mnusia tp kite cube membataskn khendak hati dgn mningktkn iman kite insya Allah.." "awak xde prasaan kt lelaki ke?haha.."Zue gelak.Husna cuma membulatkn mata tnda geram.dua-dua belah pipi Zue dtariknya.Zue ketawa lg. "hey!ape la dia nih.ingt android ke main tader prasaan gtu?haha.."Husna ketawa kecil. Hatiku untukMU Ya Allah..



Fatin memandang Husna yg tekun membuat latihan dan Alif yg dr td merenung Husna dr arah depan itu silih brganti.Dia pun mencuit Husna. "ye?ape?" matanya msih melekat pd buku latihan itu. "Alif suka kat enti eh?" Husna mengangkat muka. "Allah..tu hati dia..biarkn..ana xleh nk halang.." "enti xde hati kt dia jugk?"Fatin mnduga hati shbatnya. "hati ana milik Allah.." dua-dua mereka tersenyum sesama sendiri.Fatin mngangguk. "husna,bukn ke kite dh boleh doa dgn Allah,kita nk suami mcm mne?" "boleh je..tp ana nk brcinta dgn Allah dlu..sbb ana pegang jnji Allah..prempuan yg baik utk lelaki baik.." "amin.."







Husna memberi salam ke kiri.tangan meraup muka.keluhan kecil muncul di celah bibrnya.dia cepat2 beristighfar.x baik mengeluh.dia bgun qiam krana spnjg mlm td hatinya diganggu oleh suatu perasaan halus yg biasa hadir di hati setiap manusia biasa.dia bdiri utk mnunaikn solat sunat taubat.hatinya tidak setenang semalam.



"Ya Allah,aku redha di atas kurniaanMU kpdku..Kau hadirkn perasaan halus ini di saat aku mgejar cintaMU..aku redha Ya Tuhanku..namun yg kupinta,jgnlah Engkau lebihkn perasaan ini melebihi cintaku trhadpMU Ya Allah..biarlah cinta ini ikhlas krana MU..jika benar dia untukku,Engkau pertemukanlah kami stelah Engkau mningkatkn iman kami,sabar kami,ilmu kami,ikhlas kami Ya Rabbi..dan juga stelah kami saling mncintai kranaMU Ya Allah..dan jika dia bukan utkku,Kau ikhlaskn dan tabahkn hatiku utk mnerima ktentuanMU Ya Allahurabbi..hanya kpdMU lah aku berserah dan bertawakkal Ya Allah..amin.." Husna meraup muka.



Pd masa yg sama:



"Ya Allah,aku redha di atas kurniaanMU kpdku..Kau hadirkn perasaan halus ini di saat aku mgejar cintaMU..aku redha Ya Tuhanku..namun yg kupinta,jgnlah Engkau lebihkn perasaan ini melebihi cintaku trhadpMU Ya Allah..biarlah cinta ini ikhlas krana MU..jika benar dia untukku,Engkau pertemukanlah kami stelah Engkau mningkatkn iman kami,sabar kami,ilmu kami,ikhlas kami Ya Rabbi..dan juga stelah kami saling mncintai kranaMU Ya Allah..dan jika dia bukan utkku,Kau ikhlaskn dan tabahkn hatiku utk mnerima ktentuanMU Ya Allahurabbi..hanya kpdMU lah aku berserah dan bertawakkal Ya Allah..amin.." Farid,Pengerusi Surau meraup muka sambil beristighfar.hatinya resah semacam.serba x kena.Al-Quran dicapai menenangkan hati.lembut suaranya mngalun ayat suci Al-Quran.ketenangan dicari akhirnya menjengah jua.



"Afaf,bangun.dah nak subuh ni.nanti enta x sempat jemaah." Farid menggoncangkn tubuh shabatnya perlahan.Afaf menggeliat sebelum membuka mata.Dia mengangguk laju lalu melangkah mnuju ke bilik air.Farid mengulang juzu' 14 smentara mnunggu Afaf brsiap.mereka beriringan mnuju ke surau kolej yg menjadi pemisah asrama prempuan dan lelaki. "Farid,enta imam.ana jd bilal.." Farid mengangguk smbil trsenyum ke arah Fadhil yg volunteer diri mnjadi bilal.Fadhil terus mlangkah ke arah mikrofon surau.Azan Subuh nyaring berkumandang di udara.



Di bahagian prempuan,Husna tenang mnjawab azan di dlm hati.sewaktu imam membaca Al-Fatihah,hatinya berdegup laju tnpa sebab.trus hatinya beristighfar pjg smbil brusaha utk mngembalikn khusyuk.hati Husna berdetak. Dia? Allahurabbi.. Husna mencapai Al-Mathurat di rak Al-Quran.perlahan mngalun bacaan Mathurat dgn tenang.terngiang-ngiang bacaan Al-Quran oleh imam Subuh td di telinganya.Indah dan menenangkn.Husna menutup mata mghilangkn khayalan yg melaghakn.bacaan Mathurat diteruskn dgn khusyuk.









Husna menyusun buku2 nya dan memasukkan ke dalam beg.Fatin sudah mnunggu di luar kelas. "Muslimat." Husna berpaling ke kiri sekilas.Dia! Husna pantas berpaling semula ke depan smbil mngangguk,tanda dia sedang mndengar.tidak sanggup membiarkn wajahnya dilihat ajnabi.mujur juga masih ramai yg tidak keluar lg dr kelas.si dia tenang brdiri dgn jarak 4 depa darinya.juga mnundukkn pandangnnya. "enti dah siapkn cerpen untuk artikel surau?" "Alhamdulillah,ana dah bg kpd penolong editor muslimat."jawabnya tnpa brpaling. Farid mengangguk perlahan. "jazakallahu khoiron kathiran." "Afwan kathir."



"kenapa Pengerusi jmpa enti?"Fatin bertanya pelik. "pasal cerpen ana." "oh.." Fatin mengangguk lju tnda faham."Husna,enti puasa x hari ni?" Husna mengangguk smbil senyum, "Alhamdulillah,ana puasa.knape?nk iftor skali ke?" "Nak!" "Jom!" Mereka tergelak kecil.terasa kmanisn ukhuwwah islamiyyah di antara mereka. mereka berpimpinan tangan mnuju ke kafe prempuan utk membeli juadah b'buka puasa.





4 tahun kemudian:





Suara UNIC bergendang dari telefon bimbitnya.Husna meletakkan buku di tangannya di atas meja sbelum mnjawab panggilan itu."Assalamualaikum ummi..Ummi sihat?" "Wa'alaikumussalam syg. Alhamdulillah ummi sihat.." "Asif jiddan ummi..spatutnya Husna yg call ummi tp.....trbalik pulak.." Husna bersuara sebak mgenangkn kelalaiannya dlm mnunaikn tggungjwb trhadap ibu bapa. Ummi senyum cuma. "La ba's syg..xde apa la..ummi faham..Husna sibuk,x pun trlupa..hehe.." Ummi ketawa kecil. Husna mngesat air mata yg gugur dek rindukn umminya."Husna tau x knapa ummi call ni?" "tak tau ummi..knape?" Husna brtanya x sabar..tiba2 dia merasa bimbang trhadp abah. "ada org tanyakan Husna." "tanya apa ummi?" Ummi ketawa lg."Syg,dia mrisik Husna la..Nk ambil Husna jd isteri dia..adeh ank ummi sorg ni.." "Heh?Ape??" telefon terasa nk trgelincir dr tangannya.Husna trduduk.Kelu.Senyap.



"Husna?"Ummi cemas. "Iye ummi.."Husna mnjawab perlahan.ummi lega."macam mana syg?" "Husna nk buat istikharah dulu ummi..nk mntak ptunjuk Allah.." Husna brkata sebak.Air matanya bergenang.Ummi brsetuju tnpa byk soal.Ummi tahu,Husna perlukn ruang brfikir."Assalamualaikum ummi." "Wa'alaikumussalam syg.."







Air mata laju menitis di pipinya dr tadi.Ya Allah!Aku tak bersedia..tak bersedia utk melepaskn perasaan yg tumbuh di hatiku ini..yg ku semat di hati diam2..hanya Engkau Maha Mengetahui Ya Rabbi..Ya Allah,jika dia bukan untukku,mudah-mudahan aku tabah dan redha dgn ketentuanMU Ya Allah..akanku cuba belajar ikhlas di dlm kepahitan..Sesungguhnya untuk mendapat syurgaMU,memerlukan pengorbanan yg tinggi..Allahurabbi..Ya Kareem..air mata menitis lg..pandangan mnjadi kabur dgn bias air mata.Al-Quran dicapai dan perlahan-lahan dibuka. Tap! sekeping kertas jatuh dr Al-Qurannya.Husna membelek kertas itu.Gugur lg air matanya membaca ayat Al-Quran di atas kertas itu.. "La tahzan,innallaha ma'ana () Wa'asaa an takrohu syaian wahuwa khoirullakum,wa'asaa an tuhibbu syaian wahuwa syarrullakum,wallahuya'lamu wa antum la ta'lamun()" Pemberian Fatin ketika dia pernah bersedih dhulu..seakan menjawab segala kekusutan hatinya.Husna menarik nafas.Ya Allah!Aku redha Ya Allah dgn ketentuanMU..jika ini yg trbaik untukku,maka aku trima dgn spenuh hati..hanya kpdMU lah aku kembali..kpdMU jualah aku bertawakkal..Allahurabbi..



Telefon bimbit dicapai perlahan.mesej ditaip buat sang ibu. "Assalamualaikum ummi.. Husna terima lamaran tu.." Ya Allah,aku terima dia keranaMU Ya Rabbi Ya Rahim..Bahagiakn lah kami di dunia dan akhirat Ya Allah..satukanlah kami kembali di syurgaMU kelak Ya Rabbi..Engkau lah yg Maha Mengetahui lg Maha Penyayang..amin Ya Rabbal'alamin.. Husna senyum pahit. Dia tenang dan redha kini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap hambaNYA..







Kerusi ditarik lalu Husna duduk di atasnya.Wjah Ummi dipandang sayang. Ummi menarik tangan Husna di genggamannya. "Husna x nak tgok dulu ke muka bakal suami Husna tu?" Husna menggeleng smbil trsenyum cuma. "Takpe la ummi..Husna takut hati jd x ikhlas dah kalo tgok dia nnti.. Husna brserah pd Allah je ummi.." Ummi mengangguk stuju dgn anak prempuannya. Abah menggosok kepala Husna tanda syg. "Husna ank yg baik..Insya Allah,Allah akn memberi lelaki yg baik juga utk Husna.." Husna mengangguk sebak. "insya Allah abah.."







Dia tersedar dr lamunan sebaik tangan Fatin menyentuh bahunya. Pengantin lelaki sudah berada di depannya.. Dia tidak berani mengangkat muka,hanya merenung jari-jemarinya yang merah. Husna menghulurkan tangannya untuk disarungkan cincin. Selepas menyarungkan cincin di jari lelaki yg sah menjadi suaminya itu,Husna tunduk mencium lembut tangan suaminya. Mengalir air matanya bila bibir si suami menyentuh dahinya lama. Ya Allah! Engkau telah serahkan hatiku dan seluruh jiwa ragaku kpd lelaki yg brgelar suamiku ini.mudah-mudahan dia seorang yg taat kpdMU Ya Allah agar dengannya,aku lebih dekat kpdMU..amin..



Husna berpaling ke arah ummi yg disebelah kanannya. Tangan ummi dicapai dan dicium penuh kasih. Air mata gembira di pipi ummi disapunya dengan ibu jari.kedua-dua belah pipi ummi dicium. Ummi memeluk Husna erat. Husna teresak. Sedih bila mngenangkn dirinya sudah di bawah tanggungjawab suami,bukannya di bawah tanggungjawab abahnya lg. juga sdikit gementar mngingatkn tanggungjawabnya sebagai isteri yg tergalas di bahu. "Husna syg,ummi doakn rumahtgga kalian sntiasa dirahmati Allah.. Ingat pesan ummi,taat pd suami..skrg ni syurga Husna di bawah tapak kaki suami dh..bukn ummi lg..ingat ye syg?" Husna mengangguk sambil mengesat pipi yg basah.







"Assalamu'alaikum.." Pintu bilik diketuk dan dikuak dr luar."Wa'alaikumussalam.." Husna menjawab perlahan dr dlm bilik. Sesusuk tubuh melangkah masuk. Husna masih tidak brani mngangkat muka memandang suaminya. Dia takut. Takut hatinya tidak ikhlas lg. Suaminya mengambil tempat di sebelahnya. Ya Allah! Berilah aku kekuatan. "Zaujati.." Husna tersentak. Di...dia?? Dia berpaling ke kanan tak percaya dgn apa yg didengarnya. Dia! Ya Allah!! Lelaki itu tersenyum nipis,merenung dalam wajah isterinya. Perempuan yg selama ini mengisi hatinya sejak remaja. Yang mampu membuatnya resah dikala rindu mengetuk hati. Husna tunduk kembali menekur lantai. Ya Allah! Engkau serahkan hatiku padanya? Allahurabbi.. Alhamdulillah.. Husna tak terkata menerima kejutan dr Allah itu. Jihadnya melawan hati dan nafsu akhirnya berbalas juga.



"Zaujati,pandang abang.." Farid mengangkat dagu Husna dengan jarinya. Husna akur. Mata mereka bertentangan. "Uhibbuki lillahi taala.." Farid berbisik lembut. Husna tunduk malu. "Uhibbuka lillahi taala kaman.." balasnya perlahan. "Alhamdulillah.." jawab Farid sambil tersenyum lebar. Dahi isterinya dicium buat kali kedua. Dia merenung isterinya yg masih tertunduk itu. "Sayang blush eh?" selamba dia menyakat Husna. Husna terkejut lalu mengangkat mukanya yg merah menahan malu. Farid tertawa senang melihat Husna yg sudah menarik senyum.







"Sayang,siap. Kita jemaah sama2.." ajak Farid kpd isterinya. Husna mengangguk laju. "Sekejap,nk mandi.." "Nk suruh teman tak?" Farid ketawa lucu,mengusik. Husna menarik muka. "Berani la..campak tidur luar malam ni baru tau!" Farid ketawa lg. Indahnya bercinta selepas kahwin. Segalanya halal dan diredhai Allah. Kini,sudah masuk minggu kedua perkahwinannya dgn Husna. Dia rasa sgt bahagia. Ya Allah..Alhamdulillah..Terima kasih krna mngurniakn dia mnjadi isteriku. Mudah-mudahan rumahtgga kami kekal hingga ke syurga..Amin..



Alunan suara suaminya mengimami solat Maghrib mereka menembusi hatinya. Dalam diam dia memanjatkan stinggi-tinggi ksyukuran kpd Yg Maha Berkuasa. Allah perkenankn doanya yg tidak putus sejak perasaan halus itu mula bertapak di hatinya. Husna bersyukur atas rahmatNYA yg besar. Alhamdulillah Ya Allah.. Farid memberi salam ke kiri dan meraup muka. Dia bertasbih panjang memuji Allah Yang Maha Penyayang.



"Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami bersyukur atas sgala nikmat dan rahmat yg Engkau limpahkan kpd kami Ya Allah.. Atas sgala rezekiMU yg dkurniakn kpd kami.. Ya Allah,panjangkanlah umur kami agar kami dpt bribadat kpd MU Ya Allah.. Dan agar kami dpt melayari bahtera rumah tgga ini brsama2 dgn limpah kasih syg yg Engkau beri Ya Allah.. Ya Tuhan kami,kekalkan lah rumah tgga kami hingga ke syurgaMU Ya Allah.. Kurniaknlah kpd kami anak2 yg Engkau telah rahmati dan bakal mnjadi pejuang agamaMU Ya Rabbuna.. Suburkan lah cinta di antara kami kerana MU Ya Allah.. Allahurabbuna Ya Kareem..Ya Rahman Ya Rahim..amin.."



Farid dan Husna meraup muka. Husna menghulurkn tangannya untuk menyalami suaminya. Farid mencium dahi Husna dan kedua belah pipinya tanda kasih. Husna turut mencium pipi suaminya yg trcinta. Husna merenung Farid dalam2 hingga dia hairan. "Kenapa tengok abang mcm tu skali? Haha.." Farid mencuit hidung isterinya. Husna senyum.



"Bukan la..tiba2 terfikir sesuatu.." "Apa tu?" Farid mendekatkn tubuhnya pd si isteri. "Dulu org ade minat kat seseorg..dia baik sgt2..Hafiz Al-Quran,boleh jd imam,ade gaya pemimpin dlm stiap ucapan dia..mcm2 lah! Kalo ingat balik,x t'kire betapa bagus dan mithalinya dia..Org harap sgt si dia tu akan jd suami org.." Husna senyum mengenang kisah lama. Farid sudah berubah mukanya. "Sayang menyesal kahwin dgn abang?" tanyanya lambat2. Husna tahan senyum yg menarik pinggir bibirnya. "Tak lah..sbb org tu ialah abang.." Husna mencium pipi suaminya,lama. Farid terus memeluk isterinya erat. Dia terharu.. "Terima kasih sayang.." "Afwan kathir.."





Sebulan kemudian:





"Syang nk tau?"

"Apa?"

"Abang dulu ada minat kt seseorg jugk.."

"Iye? Dia baik eh?"

"Sangat baik..jage pandangan,pakai purdah,selalu prgi surau walaupun wktu subuh..agaknye qiam pun x tinggal.."

"Whaa..bagusnye dia.."

"Jeles tak?"

"Tak."

"Kenapa?"

"Perempuan tu org kn?"

"Erk. Mana tau nih?"

"Tau la.. Tu kan gaya org nk bgtau abang yg org dah minat abang lame dah.. Kantoi la abang.." "hahaha..Tau xpe.. Pandai isteri abang ni.."

"Jazakallahu khoiran kathiran abang.."

"Afwan kathir sayang.."





Melawan nafsu adalah satu jihad.

1 akal iaitu MALU..

Carilah redhaNYA..