Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah. Kami melangkah sambil berbual-bual kosong tentang komik baru yang aku beli pada minggu lepas,Hacker dan Stereo Pop Rock & Roll dan kemudiannya ketawa geli hati apabila bercerita part yang kelakar. Tidak lama kemudian, kelihatan aku bercekak pinggang ke arah Yumi kerana dia pula bercerita tentang Yumi Shirosaki yang dia minat itu sehingga hampir menyebabkan aku muntah hijau.
“Oi,dahla tu Yumi. Kau nak lap ke muntah hijau aku nanti? Dah 4 juta kali kau ulang menda sama tau!” Aku dah mula buka kitab tazkirah 400 mukasurat. Yumi tersengih.
“Ala,dah aku suka menda tu,nak buat macam mana. Kau jugak yang kasi komik tu kat aku kan? You’ve your share in the mistake,friend. Macam la kau tak tergila-gila kat Koudai Imai dengan Urabe Takumi tu.” Bidas Yumi sambil tersengih sinis.
“At least aku tak bercerita pasal Kou-chan dengan Takumi tu 14 kali setiap hari tau! Kau tu sangat-sangat la overwhelmed dengan Yumi kau tu.” Aku membalas balik dan Yumi membalas dengan menjelirkan lidahnya. Dan kami ketawa bersama.
“Hei,kau nak study apa sekarang? Aku ingat nak cover Science la. Banyak nak ingat ni.” Aku memandang muka Yumi yang sedang mengunyah marshmallow itu dengan pandangan bertanya.
“Aku ingat nak baca Chicken Soup,boleh tambah idea untuk English essays.” Yumi menyeluk tangan ke dalam begnya dengan mata ke arahku dan kemudiannya mengeluarkan sebuah buku cerita Bahasa Inggeris.
“Owh,okey. Kalau ada story pasal seorang Yumi-maniac,kasi tau aku ek? Nak tau jugak apa yang bestfriend dia buat kat budak tu. Bakar ke komik tu,campak dalam hutan ke..hehe..” Aku ketawa lucu melihat Yumi membuat muka bosan sambil menjulingkan matanya ke siling kelas.
Aku pun mengambil tempat di sebelah Yumi dan terus mencapai buku rujukan Science dan Pilot The Shaker yang diletak di tepi meja. Tangan kanan pula sibuk meraba ke dalam jilbab labuhku dan menyumbat earphone mp3 yang setakat ni masih selamat diseludup masuk kelas ke telinga. Butang play ditekan. Suara Jason Mraz menyanyikan lagu Geek In The Pink beralun di telinga. Baru aku ingin memulakan bacaanku pada bab Electricity,Sarah datang ke arahku dengan muka serius hingga aku mengagak ada benda yang menakutkan sedang menungguku. Aku turut mengerutkan dahi tanpa disedari dan memandang ke arah Sarah sambil bersedia menerima berita tersebut. Yumi sudah berenang dalam Chicken Soup ‘Bowl’ dia itu tanpa langsung berpaling. Khusyuk betul. Aku mengangkat kening bertanya. Jantung dah hilang rentak. Otak pula dah bersiap sedia untuk menerima input baru.
“Hahaha.. Kak Nia,seriusnya muka dia. Orang nak kacau sikit pun dah gelabah. Cool la sikit. Hehe..” Sarah ketawa geli hati. Aku tersengih geram. Naya sungguh budak ni. Ada je idea nak huru-harakan hidup aku. Yumi hanya melihat dengan ekor mata tanpa berminat untuk mengambil tahu.
“Haisy,budak ni! Tak kacau orang tak boleh ke,dik? Haru...haru…” Aku mengeleng kepala.
“Ala,Kak Nia. Orang nak kasi Kak Nia punya stress tu hilang la. Muka tu dah macam mangkuk tandas dah pun. Tak perasan lagi ke? Hahahaha..” Kuat betul dia ni gelakkan aku. Pelajar lain dah berpaling. Aku membulatkan mata dan makin kuat pula dia ketawa. Dan aku turut ketawa lucu.
“Okey..okey.. Kak Nia dah tak larat nak ketawa banyak-banyak. Ha,nak apa cari akak? Nak penyepak?” Aku sengih geram plus lucu.
“Apa nak bagi penyepak ni? Ni akak,Cikgu Sunaidi nak jumpa akak sekarang. Dia nak cakap pasal result pertandingan memanah peringkat negeri tu. Alah,confirm akak la johan. Akak kan World Best Archer. Hahaha..” Nak melawak lagi budak ni ye. Aku tersenyum melihat Sarah yang masih lagi tidak berhenti ketawa.
“Akak luku jugak Sarah ni. Memain je kerja dia. Pergi main jauh-jauh tak nak. Okeyla, terima kasih ye Cik Sarah? Dah,dah. Sila berambus dari kelas akak. Orang nak study ni.” Sarah tersengih lucu.
“Uhh,halau orang ek? Tapi akak,cikgu suruh pergi sekarang la.” Sarah masih berkeras memaksa aku berjumpa Cikgu Sunaidi.
“Akak pergi la nanti. Awal lagi kan ni. Dah,pergi balik kelas tu.”
“Yela,yela. Akak,nanti ajar Geometrical Construction ek? Tata..” Sarah melambai ke arah aku sambil beredar dari kelasku. Aku mengangguk sambil membalas lambaiannya dan terus menyambung kembali pembacaan yang tergendala tadi.
Electric charge,electrostatics,Van de Graaf,voltage,kuali,sudip,black pepper..... Mak ai, neurone Dania Zulaikha dah kena kejutan elektrik bab 7 la. Banyaknya nak ingat. Dengan electron flownya,symbols lagi,transformer segala. Kelly Clarkson mengambil alih lubang telingaku dengan Since You Been Gone. Aduss.. Aku tengah serabut ni,dia boleh pulak melalak lagu Kelly tu. Aku menukar lagu Kelly Clarkson itu dengan Whataya Want From Me nyanyian Adam Lambert. Aku mengeluh perlahan. Bibir mengorak perlahan mengikut nyanyian Adam Lambert.
‘Hey,slow it down, Whataya want from me,
Whataya want from me
Yeah,I’m afraid
Whataya want from me,
Whataya want from me’
Oo,kalau ikut Ohm’s Law,voltage is equal to the product of current and resistance rupanya. V is directly proportional to the I. Eh,apa ke hodoh betul simbol transformer ni ek? Tak boleh nak cantik sikit ke? Sekali tengok macam maggi,dua kali tengok dah macam Shrek pakai rambut Alleycats.
‘Just don’t give up
I’m working it out
Please don’t give in
I won’t let you down
It messed me up
Need a second to breathe
Just keep coming around
Hey,whataya want from me
Whataya want from me
Whataya want from me’
Aduyaiii... Aku kena ingat ke segala station kat atas muka bumi ni? Thermal power station la,nuclear power station la dan segala macam station lagi la. Okey,reactor for nuclear station ialah uranium and Pluto. Ek? Macam pelik je. Aisey,plutonium la Nia! Focus! Fission reactions in the reactor produce.... Tiba-tiba aku rasa nama aku macam dipanggil oleh makhluk yang bernama lelaki tapi aku hanya buat tak dengar. Salah orang kot. Apa tadi? Em,produce ener....
“Err,Ni...eh,Dania.” Seorang pelajar lelaki tergagap-gagap menegur aku.
Urghh! Generasi XY mana pulak ni? Serabut..serabut! Aku angkat muka dari buku rujukan Science dan hanya merenung sekilas ke arahnya. No-emotion face. Antartica Mood dah datang. Apparently,dia nampak lebih gementar dari tadi. Aku nampak tu. Yumi angkat muka sebentar dan tunduk kembali meneruskan bacaannya. Yumi tentu dah boleh agak apa yang akan berlaku selepas ini. Aku mengangkat kening bertanya. Pelajar lelaki itu kelihatan sedang menarik nafas panjang dan menghembus kembali perlahan-lahan.
“Can I have your phone number,please? Let me know you better.”
Aku mengerut dahi sambil mendengus marah. Aku anti betul dengan lelaki macam ni. Nak buat bancian ke,siapa yang menang antara Celcom dengan Maxis? Pergi mintak phone number mak sendiri tak nak! Tanpa sepatah kata,aku bangun untuk beredar. Pelajar itu segera menahan.
“Eh,Nia! Janganla lari. Saya cuma nak phone number awak sebab saya rasa kita patut jadi kawan yang...err...you know,lebih rapat.. Boleh tak?” Pelajar itu terus memujuk. Ini yang rasa nak jadi pembunuh bersiri ni. Dah la selamba je cakap nak berkawan lebih rapat la. Mana boleh rapat-rapat! Batal air sembahyang! Aku memandang kosong ke arahnya tanpa perasaan.
“Aku dan kau cuma saudara seIslam. Full stop! I’m quit.” See.. Suara pun dah tukar jadi ais. Tak berperasaan. Pelajar lelaki itu macam terpinga-pinga dan tergamam je aku tengok. Nasib la..
Aku segera beredar cepat-cepat dari situ untuk mengelak dari pelajar itu. Siapa dia tu ek? Macam kenal tapi...entahla. Erghh! Ozone depletion punya orang! Angkut la sekali kau punya greenhouse effect tu! Penyebab global warming! Makhluk dua alam! Manusia hypertonic! Homosapiens de Albuquerque! Huh,so scary! Takut aku! Ouh,yeah! Aku lupa aku kena jumpa cikgu dan sekarang aku dah ingat balik. Agak-agak la,aku dapat nombor berapa ye dalam pertandingan tu? Misteri betul cikgu ni. Rahsia-rahsia la pulak.
maka ini bukanlah kiranya blog sehelai minuman Cool Blog yang menjadi ketidakwarasan kanak kanak riang zaman ini. ini ialah blog Yui Kumi. full stop.
Popular Posts
-
“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke ap...
-
Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah....
-
Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,...
-
“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membu...
-
“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut.. “Kejap,ummi.. I’m...
-
hehe... yui kumi ni sebenarnye the true blogger...tuan empunye blog nih...sy spupu nye yg bertggungjwb mereka dan membina blog ini..hehehe....
-
“Wohooiii!!! Kau termenung eh? Kau ingat apa hah?” Kusss,semangat!! Sergahan Yumi menyedarkan aku ke dunia nyata daripada memori lama. Aku...
-
“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excite...
-
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama....
aik???
ReplyDeletebru fom 3 tp dh blaja subjek fizik ??? hebat2.. hehe... smbung la lg... x sbr2 nk bc ni.... hihi... irah ni
laa..irah ke??hehehe..irah,tu sy amik dr bku science form 3..bkn fzik..hehe..tp lam fzik pom ade gop op??haha..tenkiu irah!!!mmuaaahhh!!!!ahhaha
ReplyDeletehuhu...dahsyat ni!!kuang3..mmg mcm Hlovate la gayanya..idol ek..sambung plak 6t..
ReplyDeleteto irah..
ReplyDeletesori terpaksa tulis cni plak..
bkpe mase sy try bukak blog awk,x de post pon..
haha..ye aa op..tp nk wt gane sbb sy tuls nvel ni leps bce nvel hlovate..ngee..hahaha..dh x leh ubh dh..yana..tenkiu sbb bg support..tenkiu234.... :)
ReplyDeleteok yui kumi...daa
ReplyDelete