maka ini bukanlah kiranya blog sehelai minuman Cool Blog yang menjadi ketidakwarasan kanak kanak riang zaman ini. ini ialah blog Yui Kumi. full stop.
Popular Posts
-
“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke ap...
-
Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah....
-
Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,...
-
“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membu...
-
“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut.. “Kejap,ummi.. I’m...
-
hehe... yui kumi ni sebenarnye the true blogger...tuan empunye blog nih...sy spupu nye yg bertggungjwb mereka dan membina blog ini..hehehe....
-
“Wohooiii!!! Kau termenung eh? Kau ingat apa hah?” Kusss,semangat!! Sergahan Yumi menyedarkan aku ke dunia nyata daripada memori lama. Aku...
-
“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excite...
-
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama....
Thursday, March 12, 2015
Puan Ibu clash Yui plus Che F = Bahagia!
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama." begitu juga masa membuat loudspeaker ketika berbual dengan Puan Ibu. senior di biliknya gelak terkekeh mendengar suara dan gaya bercakap Puan Ibu sebijik seketul sama dengan yui. pergi mana2 pun orang boleh detect Puan Ibu dengan yui ada pertalian darah. no need DNA bagai dah. Inche H pernah bagitau yui yang Inche H pun terkejut dengar suara Puan Ibu. Inche H ingat yui yang cakap rupanya itu Puan Ibu yang punya suara sama dengan yui. rupanya persamaan mereka bukan setakat itu. perangai gelabah ayam kalut2 tu pun yui mewarisi Puan Ibu. yui kalau dah kelam kabut,rasa macam nak terbalik rumah dia berlari sana sini buat kerja last minute. pastu mulut yui mesti bising marah diri sendiri. masa tu suara dah serak2 nak nangis sebab kesal dengan perangai buruk sendiri. tapi berubahnya tidak pun. sama dengan Puan Ibu. kalau Puan Ibu tengah berkejar2 nak buat sesuatu benda,pastu kebetulan dia penat,mula la Puan Ibu bebel2 dengan suara nak nangis. nak tolong pun tak boleh sebab Puan Ibu suruh masak untuk Tuan Abah nak berbuka puasa. Tuan Abah cuma geleng kepala sebabnya kerja tu bukannya teruk tapi Puan Ibu jenis cepat kalut gelabah. cepat2 masak pastu pergi tolong Puan Ibu. tu pun Puan Ibu punya kalut tak hilang jugak. Puan Ibu kalau dia sedih,dia tak akan nangis depan orang. Puan Ibu tak suka tunjuk yang dia ada masalah. yui pun lebih kurang macam tu. kecuali masa hari2 terakhir sebelum habis belajar,yui sensitif sikit. kalau boleh semua benda dia nak buat dengan kawan baiknya. nangis depan2 kawan pulak tu. tak pernah2 yui nangis depan orang. tapi malam dinner dengan budak kelas dia,yui menangis sampai bengkak mata. nak2 pulak Inche H yang tough kononnya tu pun nangis sama. masa tu yui dengan Inche H tak ada apa2 hubungan lagi tapi masa tu masing2 dah tahu perasaan satu sama lain. Inche H nangis pastu mintak maaf dengan yui. pastu diorang bergambar bersama buat first time. eh dah melalut ke sini pulak. eheh. Puan Ibu sebenarnya banyak sangat persamaan dengan yui tapi yui suka menidakkan sebabnya diorang tetap ada perbezaan. kalau bab berpakaian,Puan Ibu suka anak perempuannya pakai sesuatu yang feminin tapi yui pula suka pakai selekeh baju saiz xxl dengan seluar track selekeh lepas bawah tumit. pulak dengan sneakers besar. dengan tudung lepas bawah. siap! tapi selalu kena kutuk lah dengan Puan Ibu. puas dipaksa suruh pakai kain dengan blouse. tapi yui degil. tak minat dan tak sesuai katanya. tapi kalau jalan jauh. pandai pula yui pakai baju kurung. senang jaga aurat dia kata. sopan pun sopan. eceh. tapi peliknya yui ni. dia tak minat sangat baju kaler2 terang benderang macam lampu spotlight. dia pakai kaler hitam,grey pastu kaler gelap2. tapi kalau nak pakai baju kaler2 tu boleh saja cuma bukan dalam top list baju selekeh dia lah. pastu baju selekeh dia tu mesti hoodies. tak pun baju besar gedabak. pastu dengan lambang Batman. itu lah gaya dia. selekeh dan Batman. perfect. bagi dia siapa pakai baju Batman,orang itu smart. haha. bodoh kan yui ni? tu lah haih. Puan Ibu seorang pemandu kereta yang sangat tertib dan cermat pandu selamat. bawak kereta mesti bawah 80km/h saja. tu pun jarang2 sampai 80km/h. tapi yui pula pemandu kereta yang cuma risau pada speed trap saja. kalau tiada speed trap,pedal minyak hampir cecah lantai kereta dipijaknya. pernah dia pandu dari Pekan,Pahang ke Dungun,Terengganu yang makan masa 4 jam dengan hanya kurang 2 jam sahaja. dan bila ditanya pandu berapa km/h,dia kata dia pandu 140km/h dengan santai macam tak ada apa2. mengucap panjang Puan Ibu. dan yang seronok lagi magiknya, Che F si kawan baik yui memiliki perangai yang sama. apa sahaja perangai yui yang berbeza dengan Puan Ibu akan sama pula dengan Che F. Che F ini kerjanya merempit juga. dua2 suka makan jajan gaya macam makan makanan ruji. pastu kalau nak berjoging,muka Che F lah yang dicari. nak makan aiskem pun cari Che F juga. rasa serabut serabai sikit pun terus saja text Che F dengan kadar segera. nak beli baju superhero yang selekeh2 pun bagitau Che F dahulu juga kerana Che F ni pun taste sama je sebijik seketui dengan yui. kalau jumpa binatang ke apa,dua2 ekoq ni lah yang over eksaited melihatnya. nak ajak buat pakatan pergi pedajal orang pun Che F lah orangnya. banyak jugak kalau ditimbang tilik persamaan yui dengan Che F ni. tapi beza atau sama tu bukan kayu ukurnya. yui sayang pada Che F macam yui sayang dirinya sendiri. kadang2 dah macam kekasih pun ada bila Che F hadir dalam otak yui lagi banyak dari Inche H sendiri. semua benda nak kena bagitau Che F. jumpa gambar kartun pun terus ja ingat dekat Che F. *geleng kepala* dua2 rapat macam kembar siam. yui tak banyak cakap dan Che F pula tak boleh berhenti cakap. bila mereka berdua menggila buat lawak antara benua,dua2 tak boleh berhenti berguling2 gelak terkekeh macam kena sawan. tapi itulah yang buat hidup yui jadi gembira. kalau Che F baca nukilan ini,mohon sengih sorang2 dengan perasaan bangga ye. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment