maka ini bukanlah kiranya blog sehelai minuman Cool Blog yang menjadi ketidakwarasan kanak kanak riang zaman ini. ini ialah blog Yui Kumi. full stop.
Popular Posts
-
“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke ap...
-
Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah....
-
Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,...
-
“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membu...
-
“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut.. “Kejap,ummi.. I’m...
-
hehe... yui kumi ni sebenarnye the true blogger...tuan empunye blog nih...sy spupu nye yg bertggungjwb mereka dan membina blog ini..hehehe....
-
“Wohooiii!!! Kau termenung eh? Kau ingat apa hah?” Kusss,semangat!! Sergahan Yumi menyedarkan aku ke dunia nyata daripada memori lama. Aku...
-
“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excite...
-
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama....
Wednesday, March 11, 2015
kisah hidup yui yang kesian.
antara kebodohan yui adalah dia amatlah degil dan suka buat sesuatu walaupun perkara itu akan buat dia sedih sampai takmau makan selama dua hari. semalam dia dengan innocentnya pergi menstalking facebook lelaki yang beliau suka itu. dan betapa remuknya hati beliau kerana lelaki itu kelihatan sangat gembira mengkomen dengan wanita2 di wallnya. seolah olah apa yang berlaku di antara mereka langsung tidak mengeffectkan lelaki itu barang sebesar kuman pun. dan dia mula berfikir yang bukan2 yang lelaki itu sudah menyedari bahawasanya yui ini tidak baik dan tidak layak untuk lelaki itu. ini kerana lelaki itu mengepost di laman mukabukunya "perempuan baik untuk lelaki baik." dan yui yang sememangnya suka membuat telahan sendiri mula berfikir luar alam. dan dia tidur dengan mata basah pada malam itu. penangan lelaki itu agak kuat. nak dekat seminggu yui menangis tak kira siang malam. tapi dia nangis sorok2. dan bila ibunya bertanyakan tentang lelaki itu,dia menjawab yang baik2 sahaja walhal dia maklum yang lelaki itu sudah berubah. tidak seperti dulu. lelaki yang selalu menjaga batas pergaulan itu sudah berubah tapi yui tetap bercerita pada ibunya yang baik2 tentang lelaki itu. dalam hatinya berkata "lelaki yang aku ceritakan ni,dah tak ada." keciwa.
mari kita sama2 mencampak belakang sekejap mengenai kisah hidup si yui ini.
sebelum yui menyedari kewujudan lelaki itu (Inche H),yui terlebih dahulu berkawan rapat dengan Inche T. Inche T ini sangatlah baik serta sopan menyantun. tapi mereka cuma bersahabat tanpa tujuan. bila Inche H mula memunculkan dirinya,hati yui terpaut tapi tidak disuarakan kerana dia sedang bersahabat tanpa tujuan dengan Inche T. perasaan yui kepada Inche H semakin kuat dari hari ke hari sehinggakan yui menjadi separuh gila dan kurang waras ketika itu. tapi yui menidakkannya kerana dia fikir jodohnya ialah Inche T. tapi dia risau. hatinya sering bertanya. "macam mana aku nak kahwin dengan Inche T kalau hati aku still ada nama Inche H? dan untuk mentongsampahkan nama Inche H itu amatlah susah dan hampir mustahil. dah melekat kuat di hati. serta otak." dan dalam keserabutan itu,yui meminta untuk putus dari Inche T yang juga semakin tidak menghiraukannya sejak habis belajar(Inche T ialah senior yui). yui bergembira dengan status single berfoya-foyanya itu. hampir setiap hari dia keluar lepak makan aiskem dengan kawan baiknya Che F. Che F ni kawan berfoya foyanya dan sama gila dengan yui. tapi segila-gila Che F,Che F lah manusia paling baik yang pernah yui ada. Che F lah teman bermain,teman melepak,teman mengacau. Che F tahu Inche H sukakan yui sejak dulu lagi tapi si yui ni butakan mata dengan tulikan telinga taknak dengar nasihat orang. nak jugak mengejar Inche T yang pada masa itu sudah makin menyepi. orang lain semua dah tahu soal hati Inche H kerana Inche H tak pandai menyorokkan hatinya. kalau yui up status di wechat mahupun mukabuku,Inche H pasti up status yang lebih kurang sama. tapi si yui ni betulla bendul kalah pembaris kayu. bila yui membeli iPhone 5,Inche H juga membelinya walaupun ketika itu iPhone 5s dah keluar. bila yui memakai casing berwarna purple, Inche H juga begitu. bila yui ingin melintas jalan yang ada lelaki mat2 motor,Inche H segera teman yui sehingga yui selamat berada di kelompok kawan2nya. bila yui menangis ingin berpisah dengan kawan baiknya,Inche H juga lah yang setia memujuk dan memberi semangat. dan pada ketika itu hati yui betul2 suka pada Inche H. dan yui mula merasakan segalanya pada tempat yang betul. dia tidak lagi risau untuk melupakan lelaki lain jika dia berkahwin dengan Inche H. dia yakin dengan janji Inche H. dia rasa selamat bila dengan Inche H. dia berasa disayangi bila bersama Inche H. walaupun mereka amatlah jarang mengontact satu sama lain,yui faham kehendak Inche H yang tidak ingin terlalu rapat kerana dibimbangi terpaksa tempuh banyak dugaan. yui hanya berbual dengan kawan2 baiknya. lelaki2 yang cuba mendekatinya tidak lagi dilayan. kerana dia yakin pada Inche H. Inche H seorang yang sangat baik,imam solat,tak tinggal masjid dan macam2. yui yakin dengan Inche H kerana Inche H seorang yang rapat dengan Allah. tetapi Inche H semakin popular di kalangan gadis2. ini kerana Inche H menceburkan diri dalam bidang bina badan. Inche H sudahlah ada rupa,ditambah lagi dengan sado. makin kerap pula upload gambarnya. maka dengan itulah kiranya banyak gadis2 tertarik padanya. dan dia melayan. yui cuma memerhati dalam diam. cuma mampu menahan sedih dan mengesat air mata diam2. tiada lagi Inche H yang mengambil berat. yang buat dia tersenyum gelak guling2. yang dulu. tiada lagi Inche H yang dulu. hanya Che F yang menjadi tempat luahkan hati. Che F setia mendengar dan memberi semangat tanpa penat. setia di sisi mengulang2 kata semangat walaupun sudah berjuta kali diulang. yui pasrah. mungkin Inche H bukan untuknya. mungkin hatinya silap menilai menimbang. mungkin matanya kabur untuk melihat mana satu kaca mana satu berlian. yui mula shut off dunia. dia membawa diri. terasa bahawa usahanya sia2 belaka selama ini. dia berserah pada Allah segala2nya. yui hanya mampu berdoa meminta petunjuk dari Tuhan. minta agar ditenangkan hati dan ditabahkan diri. moga hari2 mendatang akan bawa cahaya dalam hidupnya. dan moga yui akan bahagia suatu hari nanti. in sha Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment