Keesokannya,aku mandi awal.. Tak awal mana pun.. Pukul 8.30 pagi bangun tidur,terus mandi.. Along tidur lagi.. Selagi tak pukul 9 pagi,jangan harap Along akan tinggal tempat bersemayam dia tu.. Mood aku pun dah okey.. Dah boleh terima sikit kenyataan.. Nak buat macam mana,dah tak boleh elak lagi.. Sejuk air membuat aku rasa segar dan menyejukkan hati.. Sedih tak hilang tapi dah berkurang.. Nanti nak ajak Yumi datang rumah la.. Nak bagitau pasal tu..
Nasib baik Yumi duduk dekat je dengan rumah aku.. Family dia pun rapat dengan family aku.. Agak-agak Yumi sedih tak? Fatihah pulak mesti rasa merdeka sikit.. Tader orang nak kucar-kacirkan hidup dia kat sekolah.. Kan? Hahaha.. Kadang-kadang kesian jugak kat dia.. Aku tak benci dia pun.. Cuma dia bagi aku rasa seronok bila dapat kenakan dia.. Lepas ni kena mintak maaf balik kat dia la.. Nak pindah ni dah tak boleh buat jahat lagi dah.. Dah banyak sangat dosa aku dengan budak-budak sekolah aku.. Dah tak boleh nak kacau Cikgu Sunaidi lagi.. Nak ajar ‘adik-adik’ main memanah pun dah tak boleh.. Agak-agak la kan,sekolah baru aku ada tak Kelab Memanah? Cikgu penasihat sekolah tu baik macam Cikgu Sunaidi tak? Haisy! Dah la tu,Nia.. Tak payah fikir kronik sangat.. Sedih pulak karang.. Aku mengeluh perlahan..
Aku segera memakai baju.. Kelam-kabut.. Lapar aa.. Kena cepat! Nanti kebulur.. Ummi aku la ni.. Masak sedap sangat.. Tak tahan aku.. Oh,ya! Kena kejut Along dulu.. Nanti merajuk pulak pak cik tu.. Lagipun tak best la makan sorang-sorang.. Aku berlari menuju ke bilik Along dan terus membuka pintu biliknya tanpa bagi salam.. Bilik lelaki taper kalau tak bagi salam.. Bilik perempuan tak boleh,bahaya! Haha..
“Alongggg!!! Banguuuunn!!! Dah tengah hari ni!!”jeritku sambil menarik selimutnya.. Along bangun mengejut.. Matanya bulat kemerahan..
“Dah tengah hari ke dik?”Tanya Along terkejut.. Matanya terasa kelat lagi.. Dia menggosok-gosok matanya dengan belakang tangan.. Aku menyembunyikan senyum..
“Yela Along! Cepat bangun!”aku bercekak pinggang.. Hehe.. Sebenarnya baru pukul 9 pagi.. Saja nak kacau..
“Yela,yela.. Along nak mandi kejap..”Along mencapai jam tangannya untuk melihat waktu.. Aku dah berpeluh.. Alamak ai.. Along tengok jam la pulak..
“Adik....”Along merenung aku tajam.. Aiseh,kantoi! Aku tersengih takut.. Kaki kanan perlahan-lahan melangkah ke belakang.. Along bangun dari katil sambil matanya tak lepas merenung aku.. Dia berjalan perlahan menuju kepada aku yang turut mengundur ke belakang menuju ke pintu.. Dan...
“AAAAAAAA!!! UMMIIIII!!!”Aku segera melarikan diri dari dikejar oleh Along menuruni tangga ke tingkat bawah dengan laju.. Along mengejar aku lagi laju.. Kecut perut aku.. Hahaha.. Siapa suruh kacau tidur Along.. Kami mengelilingi sofa di ruang tamu.. Along tersengih jahat.. Aku pulak sengih ala takut..
“Ala,Along.. Sorry,sorry.. Pergi la tidur balik.. Nia dah tak kacau dah!!”
“Ouh,yeah? Na,na,na..” Along dah buat muka ala-ala Skulker nak lawan Danny.. Uhh.. Aku cuba buat muka kesian.. Along tak peduli.. Along pusing kiri,aku pun pusing kiri.. Tapi Along main acah kiri kanan.. Aku tak sempat lari.
“Gotcha!”Along sengih menang tengok aku yang agak-agak macam takut je..
“Tak aci main tipu Along!”
“Tipu apanya? Acah tu trick..”Along menjawab selamba.. Aku bangun,Along pun bangun..
“Nape kejut Along tadi?”
“Nia kesian kat Along..”Aku membalas.. Berkerut dahi Along tak faham..
“Nia takut sekali buat perangai kedarah,Along tak ada makanan nak buat sarapan..”
“Adik gemuk!”balas Along..
“Hei,Nia punya berat baru 25 kg ek!”jawabku sambil ketawa..
“Eceh! Banyakla Nia punya 25 kg! Ingat umur tak meningkat ke sejak tadika?” Kami ketawa lagi..
“Along,jom makan.. Gigi dah gosok kan?”aku mengajak Along makan bersama.. Along tersengih mengangguk. Kami beriringan ke dapur dan segera duduk di meja makan.. Lapar sangat ni! Wah! Sekali ummi masak mihun goreng la.. Tak bergerak la aku dari meja makan ni.. Sungguhla.. Setelah membaca doa,tader sepatah pun kami cakap.. Masing-masing sibuk dengan mihun dalam pinggan..
“Nia,tuang air Along..”pinta Along dengan memuncungkan bibirnya ke arah teko selepas habis mihun dalam pinggannya.. Aku mengangkat muka dengan mulut yang berselirat mihun.. Along ketawa lucu..
“Tuang la sendiri..”jawabku geram kerana digelakkan Along tadi..
“Ala,dik.. Kira fair la kan,adik dah kenakan Along tadi.. Sekarang tuang cepat!”
“Dictator!”
“Tader,tader! Tuang cepat!”
“Dash jahat.. Abang sadis.. Inhumanity..”aku menggumam perlahan sambil menuang jugak air yang Along mintak itu.. Along tersengih sahaja..
“Kutuk Along!”Along menarik hidung aku.. Aku mencubit pipi Along..
“Apa ni nak makan ke main?”suara ummi pecah dari belakang kami.. Kami berpaling serentak dengan tangan aku pada pipi Along dan tangan Along pada hidung aku.. Ketawa pecah..
“Adik tu ummi.. Tak matang betul..”Along mencebik arah aku.. Aku menjelir lidah padanya balik..
“Paku serpih,Along la yang lebih!”
“Tengok tu ummi.. Peribahasa pun salah.. Tak matang betul..”Along tersengih pada ummi..
“Sukati aa..”
“Naik lori aa..”
“Along jahat..”
“Adik jahat..”
“Janganla ajuk!”Aku geram..
“Janganla ajuk!”usik Along lagi.. Aku mendengus geram.. Along tersenyum mengusik..
“Alien!”balasku lagi..
“Makhluk dua alam! Hahaha..”Along ketawa lucu..
“Dahla tu.. Dua-dua anak ummi.. Dua-dua tak matang.” ummi mencelah tengok tader siapa nak mengalah.. Aku dan Along ketawa mendengar kata-kata ummi.. Apa la ummi ni..
“Ummi,Nia ajak Yumi datang rumah boleh tak?”
“Ajak je la.. Dah lama dia tak datang sini kan?”ummi memandang aku.. Aku mengangguk sahaja..
“Along nak keluar kejap nanti ummi..”Along pulak bersuara..
“Pergi mana?”aku menyampuk.. Along senyum..
“Sibuk betul budak kecik ni..”Along pura-pura mencebik.. Aku menjelir lidah pada Along..
“Kerek nak mati!”
“Biar la kerek.. Along keluar dengan kawan la.. Nak ikut ke?”
“Tak nak.. Tak best.. Dengan Along mesti bosan..”aku sengih gurau kat Along.. Along buat muka berlagak dia..
“Ummi nak pesan apa-apa tak Along keluar nanti? Nia? Nak botol susu? Hahaha..” Ummi dan Along ketawa mengenakan aku.. Taper,taper.. Tak marah pun.. Suka lagi..
“Taper la Along.. Ummi tader apa nak kirim..”ummi menggosok kepala Along yang sedang minum air milo itu.. Ummi aku memang penyayang.. Kitorang tak kisah kalau orang cakap kitorang anak mak ke apa ke.. Janji kitorang tak sia-siakan kasih sayang ummi abah sebab kita tak tau bila ajal kita.. Sedar-sedar kita dah kehilangan orang yang kita sayang.. Err.. Sorry,sorry.. Aku suka bercakap kan? Hehe..
“Ummi,Along busuk tak mandi..”saja aku mengadu kat ummi.. Along membulatkan matanya memandang aku.. Ummi menutup hidung konon mengiyakan kata-kata aku.. Along mencebik..
“Yela,yela.. Along pergi mandi la ni.. Adik,denda basuh pinggan Along.” Along ketawa sambil berlari ke biliknya..
“Along mafia! Tak aci!”aku menjerit kepada Along yang tengah berlari menaiki tangga.. Ummi cuma menggeleng-geleng kepala.. Yang seorang macam tu,seorang lagi macam ni.. Kepala pun dah kebal dari mana-mana sakit kepala.. Aku tersengih masa berpaling ke muka ummi..
Selepas bertungkus lumus membasuh pinggan kotor (tanpa bantuan alien tu),aku berlari pula naik ke bilik aku.. Along tengah mandi,dengar bunyi air pancut dan jugak suara Along menyanyi lagu Teenagers-My Chemical Romance.. Kira memang nasib baik betul tak hujan dengar suara Along.. Along punya frekuensi suara tu tahap boleh memecahkan cermin kereta.. Hahaha.. Aku mencapai telefon bimbit aku yang diletakkan di atas meja belajar dan mula menaip pesanan ringkas mengajak Yumi datang ke rumah aku..
‘Ummi aku cakap kau lama tak singgah sini jadi hari ni kau wajib datang sini!’
Suara Donald Duck bercakap menandakan pesanan ringkas baru telah masuk.. Aku tersenyum..
‘Aku sibuk..’balas Yumi..
‘Aku tak kira.. In 10 minutes,you’re already here! Hehe..’
‘Bagi 100 sebab nape aku kena datang rumah kau?’
‘Kau datang sini aku bagitau..’
‘Hahaha.. Gila.. Wait me..’
‘Buh-bye!’
‘Hahaha.. Aku sampai nanti jangan buat perangai tidur kau tu! Aku balik macam tu je karang! Hahaha..’
‘Kau balik aku tak nak bagi tau latest news..’ Aku tersengih.. Mesti tertanya-tanya ni.. Kurang 10 saat,nama Yumi terpampang di skrin telefon aku.. Aku tersenyum sebelum menjawab panggilan..
“Apa kau nak?”aku bertanya..
“Aku yang curious,dia buat tanya pulak.. Apa?”
“Kau nak tau yang mana dulu,yang 100 sebab tu ke yang latest news? Hehe..”
“Kau jangan mengada nak kasi 100 sebab tu kat dalam telefon! Naya kredit aku kong karang! Hahaha..”
“Sebab yang pertama ialah......”
“NIIIAAAA!!!”
“Hahaha!! Saja buat kau geram..”
“Haha.. Kalau kau depan aku,memang aku bagi kaki aa..”
“Siapa nak kaki busuk kau tu? Derma kat orang pun tolak tau!”
“Kau memang suka buat habis kredit aku kan? Haha.. Cepatla oi!! Latest news!!”
“Sabar la kak.. Kau datang sini,aku bagitau la..”
“Kau saja je umpan aku.. Teruk!”
“My expertise.. Thank you..”
“Ergh! Blah la kau! Gim’me ten.. Bye!” Klik.. Bunyi talian diputuskan.. Aku tersengih.. Yumi punya kalut biasanya akan buat dia sampai lagi awal dari masa yang dia mintak..
Aku keluar dari bilik dan membuka pintu bilik Along untuk memastikan yang dia dah keluar.. Kalau tak,Along kacau sampai Yumi tak boleh bercakap sebab ketawa.. Uhh,bagus.. Alien tu dah keluar.. Agak-agak kalau Along tak keluar dengan kawan dia,apa agaknya aku akan buat? Umm.. Ikat Along kat katil,sumbat mulut dia dengan seluar dalam dan kunci bilik dia dari luar macam best je kalau buat.. Bagus.. Aku akan catat plan tu nanti.. Aku merenung jam tangan Edwin aku.. Em,dah pukul 9.45 pagi.. Yumi datang dalam 9.55.. Tengok TV la dulu.. Oh,ya! Fairly Oddparents sekarang! Tunggu Cosmo! Here I go! Aku melangkah laju gaya Big Show berlari turun tangga.. Remote TV ditekan geram.. Cepat,cepat! Dah nak start tu! Vicky yang sedang membuli Timmy Turner yang kecil itu.. Cosmo yang bodoh-bodoh alang memang boleh buat aku ketawa tak berhenti sehari..
“Assalamualaikum.. Nia..??”suara orang memberi salam membuat aku terpaksa tinggal sekejap Cosmo yang sedang berlawan untuk merebut Timmy..
“Wa’alaikumu...... Weh! Cepat nak mati kau sampai! Terbang ke apa?”aku berkerut memandang Yumi yang tersengih elok je depan rumah aku..
“Jawab la salam aku tu sampai habis kalau ye pun!”
“Wa’alaikummussalam.. Cepat kau sampai?”
“Aku pinjam jetpack Perry The Platypus.. Tepi la oi.. Aku nak masuk ni..”ujar Yumi selamba badak dia je masuk rumah aku.. Ala.. Rumah aku kira rumah kedua dia la..
“Tengkorak kau punya jetpack! Kau kan,aku cakap ada news ke hapa ke,berdesum datang sini ye?”aku ketawa melihat Yumi yang tersandar letih di depan TV.. Confirm berlari tak cukup tanah ni.. Aku mengambil tempat di sebelahnya.. Ummi keluar dari dapur melihat siapa yang datang.. Melihat Yumi yang tersandar itu,ummi tersenyum..
“Lama tak jumpa Yumi.. Ummi pulak jarang datang sekolah.. Sihat?”ummi bertanya ramah.. Yumi segera bangun sambil tersenyum sebaik tersedar ummi datang mendekati..
“Sihat ummi.. Ummi sihat? Ouh,man! Ummi dah makin slim! Hahaha..”ketawa pecah kuat.. Yumi mencapai tangan ummi dan menciumnya..
“Oleh sebab Yumi dah puji ummi,ummi pergi buat air untuk korang kejap..”ummi tersenyum dan menggosok kepala Yumi yang berbungkus tudung itu..
“Eh,ummi.. Tak payahla susah-susah.. Yumi nak minum nanti Yumi amik sendiri.. Ala,ummi.. Macam Yumi tak biasa pulak..”Yumi membalas lembut sambil ketawa.. Ummi tersengih sambil mengeleng perlahan..
“Taper.. Air dah siap tu.. Pergi amik dalam peti dik.. Kesian Yumi termengah-mengah.. Berlari ke tadi?”ummi memandang muka Yumi.. Yumi tersengih dan kemudiannya mengangguk lepas tu ketawa pulak.. Aku tersengih dan bangun menuju ke dapur mengambil jus oren yang sudah sejuk.. Aku mencapai beberapa gelas dan membawanya ke ruang tamu untuk dihidangkan..
“Nah mak cik,air kau..”aku menghulur jus oren kepada Yumi.. Yumi menyambut sambil menjelir lidah kepada aku..
“Ummi nak?”Tanyaku.. Ummi mengeleng sahaja sambil tersenyum.. Tak sempat aku nak berkelip,Yumi dah habiskan jusnya.. Dia menghulur gelasnya meminta jus lagi.. Aku terkejut dan Yumi buat muka toya tader perisa..
“Kau ni betul spesies kedarah aa..”kataku mengeleng dan mencapai juga gelas Yumi tu.. Ummi tersengih sahaja memandang Yumi yang ketawa.. Tiba-tiba ummi bangun dan macam nak tinggalkan kitorang berdua.. Aku mendongak merenung ummi..
“Ummi rasa korang mesti ada something penting nak cakap kan? So I’ll let you both get your personal partition.. Yumi nak snek amik kat tempat biasa ye?”ummi mengenyitkan matanya kepada aku yang sudah tersengih.. Yumi mengangguk-angguk laju dan tersenyum suka.. Ummi melangkah kembali ke dapur..
“So mananya latest news kau tu? Jangan cakap lupa pulak! Kau dah buat pagi aku yang indah ni kucar-kacir tau!”Yumi menjegilkan matanya bergurau.. Aku ketawa kecil..
“Yola mak cik! But,it’s not a good news anyway..”aku tersenyum tawar sebaik berita yang abah bagitau semalam terlintas di kepala.. Yumi mengangkat kening bertanya..
“Aku pindah..”jawabku pendek sambil merenung Yumi menantikan reaksinya.. Yumi terdiam seketika..
“Kau tak tipu kan?”muka Yumi berubah terus.. Aku mengeleng perlahan.. Yumi mengeluh..
maka ini bukanlah kiranya blog sehelai minuman Cool Blog yang menjadi ketidakwarasan kanak kanak riang zaman ini. ini ialah blog Yui Kumi. full stop.
Popular Posts
-
“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke ap...
-
Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah....
-
Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,...
-
“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membu...
-
“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut.. “Kejap,ummi.. I’m...
-
hehe... yui kumi ni sebenarnye the true blogger...tuan empunye blog nih...sy spupu nye yg bertggungjwb mereka dan membina blog ini..hehehe....
-
“Wohooiii!!! Kau termenung eh? Kau ingat apa hah?” Kusss,semangat!! Sergahan Yumi menyedarkan aku ke dunia nyata daripada memori lama. Aku...
-
“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excite...
-
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama....
No comments:
Post a Comment