Pada petang Jumaat itu,semua pelajar dibenarkan pulang bermalam ke rumah masing-masing seperti yang aku sudah maklum sejak awal lagi.. Well,aku kan kamcing dengan Cikgu Sunaidi yang merangkap warden lelaki,jadi mestilah aku tau bila boleh balik lagi awal dari pelajar lain tau.. Hehehe.. Bijak tak aku? Biar aku jawab.. Kurang bijak kerana menggunakan kepandaian semulajadi dalam sesuatu yang tidak berapa berfaedah.. Oh ya! Aku terlupa nak telefon Along bagitau dia aku dah boleh balik sekarang.. Aku melangkah laju menuju ke public phone booth yang terletak di hadapan kafe sekolah untuk menghubungi Along.. Uhh,duit syiling dah sikit,tak boleh cakap lama-lama.. Kena berjimat!
“Hello,Along? Ada kat mana tu?”
“Along ada kat rumah la.. Dah boleh balik ke? Packing barang dah siap?”
“Dah.. Semua dah.. Along nak datang ambik Nia bila?” Aku bertanya tidak sabar..
“Along datang la ni.. Tengah hidupkan enjin dah pun..” Suara Along macam kelam-kabut sikit.. Hehe.. Kesian Along..
“Along cepat sikit tau! McD dah memanggil-manggil tu! Hahaha..”
“Ai,dia ni.. Ingatkan tak sabar nak jumpa Along,rupa-rupanya tak sabar nak peras ugut harta Along ye? Adik jahat!” Along ketawa.. Aku tersengih..
“Biar la.. Nia dah puas kena buli dengan Along.. Kali ni biar Nia pulak buli Along.. Ehe..” Aku tersengih-sengih..
“Ohoo.. Nak buli Along ye? Hah! Duduk la kat sekolah Nia yang tercinta tu,Along tak nak datang ambik.. Hahaha..” Along ketawa suka sambil tangan memutar stereng kereta membelok ke kanan dengan berhati-hati..
“Along ni.. Teruk la.. Um,Along,tak boleh cakap lama-lama ni.. Sen tak cukup la.. Nia takut terpu......” Aiseh! Baru nak cakap takut terputus,dah terputus dulu la pulak.. Takpe la, nasib baik Along dah nak datang ambil.. Aku meletakkan gagang telefon ke tempat asalnya sambil mengeluh.. Aku melangkah menuju ke bangku yang disediakan untuk menunggu Along di situ.. Yumi dah balik awal tadi lagi.. Dia ajak tumpang tapi aku beritahu dia yang Along dah janji nak ambil aku dan belanja aku makan.. Aku mengeluh lagi..
“Kak Nia tunggu mak datang ke?” Sarah datang menegur aku yang hampir mati kering kebosanan itu.. Aku berpaling ke arah Sarah sambil tersenyum..
“Tak la.. Abang akak datang ambik.. Sarah balik tak?”
“Balik la kak.. Bosan la asyik tengok bangunan sekolah ni je tiap-tiap hari.. Ha,baik pulak hari ni? Baru ni Sarah dengar akak buat havoc lagi.. Kat public phone kan? Hahaha.. Nakal la akak..” Sarah ketawa.. Dah biasa dengan perangai aku yang satu itu.. HAVOC.. Sangat tipikal dengan aku.. Tapi tak la sampai tahap nak bakar sekolah.. Biasa-biasa je.. Potong senget rambut orang lain,bakar buku orang yang rampas komik aku.. Biasa la tu kan? Bunyi pun tak teruk mana..
“Ala,tak havoc pun.. Diorang tu terjerit-jerit macam histeria,tu jadi tersebar tu.. Hehehe.. Diorang kacau akak.. No forgiveness,only payback! Hahaha..” Aku dan Sarah ketawa lucu.. Tak lama kemudian,mataku menangkap sebuah Toyota Harrier hitam yang sangat tidak asing bagi aku.. Along dah sampai!
“Sarah,abang akak dah datang tu.. Hehe.. Tata,Sarah.. Take care ye?” Aku melambai ke arah Sarah dan memanggil Along untuk membantu aku mengangkat beg pakaian aku yang beratnya 1 tan itu.. Along keluar dari kereta dengan bibir yang tidak lekang dari senyuman.. Aku berjalan menuju ke arah Along dan mencapai tangannya untuk bersalam.. Aku tersengih-sengih dan Along yang faham maksudku terus menarik hidung aku geram..
“Tersengih-sengih! Along belanja la nanti! Gelojoh betul adik aku ni! Makan je tau!” Gurau Along.. Aku hanya membalas dengan menjelirkan lidah.. Along mencapai beg pakaian dari tanganku untuk membawanya ke kereta.. Aku masuk ke tempat sebelah pemandu.. Along pun masuk ke dalam kereta lalu terus memandu keluar dari perkarangan sekolah aku dengan tenang..
“Along,McD ye? Jangan tak jadi pulak tau!”
“Tau la.. Berapa kali nak pesan ni? Along dah prepare duit banyak ni takut adik Along makan sampai third round.. Tapi kalau sampai kali ke-empat nak tambah lagi,Along tinggal je terus Nia kat sana.. Hahaha..”
“Abang saya yang bernama Danish Zhafran seorang yang sangat jahat dan kuat membuli macam Dash dalam cerita Danny Phantom..” Aku bercakap seorang diri sebagai respon bagi pembulian tadi.. Along ketawa lagi melihat aku sudah memuncungkan bibir dan mencuit hidungku mengusik.. Aku membuat muka masam mencuka..
“Ala,adik.. Jangan la marah.. Along ada beli CD Harry Potter siri 7 yang Nia nak tu..” Along ketawa perlahan.
“Hah? Along beli CD yang Nia nak tu? Betul ni? Tak tipu langsung?” Aku bertanya bersungguh-sungguh.. Aku tak nak kena tipu LAGI.. Dulu Along pernah memberiku sebatang lollipop yang masih berbalut.. Aku yang kecil lagi masa itu happy gila dapat lollipop..Tapi,rupa-rupanya hanya batang lollipop yang dicucuk dengan pemadam bulat dan kemudiannya dibalut kembali.. Aku menangis dan merajuk dengan Along yang masa itu berumur 7 tahun.. Along kena marah dengan ummi sebab buat aku menangis dan selepas itu,Along memujuk aku dengan membelikan 2 batang aiskrim untuk dimakan bersama.. Sejak daripada itu,setiap kali aku merajuk atau sedih,Along akan membelikanku aiskrim dan kami akan makan bersama-sama.. Kan best dapat husband macam Along. Ngee..
“Betul la ni.. Ada kat rumah tu.. Nanti adik tengok la.. Jom,turun.. Double Cheese dah tunggu adik tu..” Along menghentikan kereta di depan bangunan McDonald..
Kami melangkah beriringan masuk ke dalam McDonald dan memesan set makanan lalu segera mencari tempat duduk di tingkat atas.. Sebaik sahaja aku duduk dan mula memakan Double Cheese aku,aku bercerita kepada Along tentang benda-benda yang kelakar di sekolahku termasuklah kes-kes pembulianku dengan mulut penuh.. Along pula sibuk ketawa dengan ceritaku dan sesekali menegur tabiat buruk aku yang suka bercakap ketika mulut penuh.. Kadang-kadang Along jadi tukang mengelap mulut aku yang comot kerana aku sedang cuba mengkaji tentang perkembangan otak apabila kita bercakap ketika mulut penuh..
“Hahaha.. Adik,tengok ni.. Gambar adik tengah garu pipi dengan mulut comot! Kuakuakua.. Comel la.. Kita tunjuk kat ummi dengan abah ye? Haha..”
“Along jahat la sekarang.. Benci aa.. Along! Uhh! Straw jatuh! Along pergi la ambik straw lain kat bawah ey? Tolong la..” Aku membuat muka sedih.. Straw ni pun,masa aku nak minum ni la nak buat hal pun.. Malas pulak nak turun bawah tu.. Ramai orang,tak best.. Ala,Along kan ada?
“Nia ni! Pegang tu jatuh,pegang ni pecah.. Apa nak jadi la.. Yela,yela.. Pergi la ni..” Along bangun dari kerusi dan menjelirkan lidah kepadaku yang tersengih sebelum melangkah ke tingkat bawah McDonald itu.. Lepas yakin Along dah turun,aku mencuri minum air Spritenya..
Telefon bimbit Along menyanyikan lagu Takin’ Back My Love-Enrique Iglesias tanda menerima panggilan.. Aku yang mati-mati ingat itu panggilan dari rumah segera menjawab panggilan itu tanpa melihat skrin..
“Hai,ummi! Ke ni abah? Hehehe..” Tanyaku tidak sabar..
“Err.. Sorry ye dikNi kawan Dash ni.. Nak cakap dengan Dash kejap boleh?” Erk! Salah orang aa.. Malu uhh! But,wait! Dash?
“Oh,hehehe.. Sorry.. Ingat parents call tadi.. Dash? Err,salah nombor kot.. Saya tak kenal sape-sape pun yang nama tu kecuali Dash dalam cerita Danny Phantom je..”
“Wrong number? Rasa dah betul ni number dia.. Em,okey la kalau camtu dik.. Terima kasih ye? Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..” Butang end call ditekan dan serentak dengan itu Along pun sampai terus duduk di tempatnya yang bertentangan denganku.. Along menghulurkan straw yang aku minta tadi.. Mata Along terlekat pada telefon bimbitnya yang di tanganku itu..
“Nape Nia main dengan phone Along?” Along bertanya pelik..
“Tadi kan Along,ada abang mana entah call phone Along.. Tapi dia tak cari Along, dia nak cakap dengan Dash.. Nama Along kan Danish Zhafran,Nia cakapla tak kenal..” Aku menerangkan kepada Along dengan bersungguh-sungguh.. Along pulak ketawa kuat tiba-tiba.. Aku pelik..
“Adik,adik.. Kan dulu Along pernah cakap,kawan Along panggil Along,Dash kan? Lupa lagi la tu.. Tu la.. Orang cerita bukannya nak dengar.. Hahaha..” terang Along..
“Yeke Along? Ala,mana Nia tau. Dash tu cantik betul dengan Along la.. Kuat buli,abang sadis dan segala yang jahat.. Sama la dengan Dash dalam cerita Danny Phantom tu.. Along dengan Dash tu sama je kuantiti jahat dia.” Seronok pulak kacau Along.. Along mencebik dan tersengih pula..
“Anyway,adik tak boleh deny yang Along sejuta kali lagi handsome dari Dash dalam cerita Danny tu kan? Hahaha..” Along ketawa suka dapat melihat cebikan di bibirku..
“Eiyyakk! Tolongla Along jangan buat mana-mana perangai Along yang boleh menyumbang ke arah kemuntahan Nia! Perasan tak habis..” Aku merungut bosan.. Abangku sorang ni memang tak boleh tak buat kerek kat depan aku.. Alahai..
“Saya sangat suka perasan.. Terima kasih..” Along tersengih sambil menyumbat mulutnya dengan beberapa keping fries dan aku pula mengembungkan pipi dengan mata dijulingkan ke sisi.. Along ketawa..
“Adik,nape la ek? Adik buat buli kat sekolah,tak pernah kena red-handed ke? Ke main rasuah cikgu? Well,you scratch my back,I’ll scratch yours..” Along mengangkat kening kiri dua kali sambil tersengih.. Aku kerat jugak mulut Along ni buat umpan ikan piranha.. Cakap aci redah tak pakai penapis air Indah Water langsung..
“Along,sekali Nia fire Along karang,tak sempat kumpul duit kahwin pun karang! Jahat gila!” Aku menjelirkan lidah kepada Along yang dah ketawa nak gila itu..
“Hahaha.. Yela,yela.. Dah makan cepat! Along nak tengok cerita CSI:Miami ni,dik..” Along dah menghabiskan minumannya.. Aku sengaja mengusik Along dengan memakan French fries perlahan-lahan.. Along geram dan mencubit pipiku..
“Hehehe.. Padan muka Along..” Aku tersenyum mengusik.. Along tersengih.. Kemudian, lepas aku telah menghabiskan semua makanan yang aku order untuk aku,Along bergegas nak balik.. Tak ke mananya televisyen kat rumah tu.. Aku senyum dalam hati.. Along ni kalau dah buat kalut tu,macam kena kejar hantu.. Laju nak mati! Tapi seumur hidup dia tader pulak menang mana-mana lumba lari.. Hahaha..
Suasana dalam Toyota Harrier hingar bingar dengan celoteh Along yang mengusik dan suara aku yang membalas geram.. Kalau dah suka bergaduh-sayang tu,kat mana-mana pun jadi bising.. Nasib baik abah tader sini,kalau tak mesti Along dengan aku dua-dua lingkup kena perli.. Tapi biasanya,Along kena brainwash lebih sikit dari aku sebab abah cakap dengan umur dia tu,Along patutnya dah matang dan Along akan membalas dengan suara lebih garau.. Macamla buat suara macam tu akan buat dia nampak lebih matang.. Aku pulak akan tahan ketawa sampai merah muka.. Terlebih bijak betul abang aku sorang ni.. Haha..
maka ini bukanlah kiranya blog sehelai minuman Cool Blog yang menjadi ketidakwarasan kanak kanak riang zaman ini. ini ialah blog Yui Kumi. full stop.
Popular Posts
-
“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke ap...
-
Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah....
-
Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,...
-
“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membu...
-
“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut.. “Kejap,ummi.. I’m...
-
hehe... yui kumi ni sebenarnye the true blogger...tuan empunye blog nih...sy spupu nye yg bertggungjwb mereka dan membina blog ini..hehehe....
-
“Wohooiii!!! Kau termenung eh? Kau ingat apa hah?” Kusss,semangat!! Sergahan Yumi menyedarkan aku ke dunia nyata daripada memori lama. Aku...
-
“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excite...
-
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama....
No comments:
Post a Comment