“Banguuuuuunnnnnnn!!!!!!!”
Jeritan nyaring itu sedikit mengganggu mimpi aku tentang pergaduhan antara aku dan Fernando Torres dalam usaha membeli nasi lemak terakhir di kedai Mak Limah. Ahaa!! Aku tahu gerangan siapakah itu. Haa..itulah Fatihah, Ketua Biro Ibadah yang sangat menakutkan seperti Robert Pattison dalam cerita Twilight Saga. Dengan muka pucat tak berdarah,siap ada taring lagi. Uhh..dia sangat menakutkan. Tapi aku tau korang tak percaya apa aku cakap kan? Aku tipu je. Mana la wujud menatang vampire tu pukul 4 setengah pagi!
Berbalik pada Fatihah tadi,aku kenal sangat dengan minah kerek itu. Selalu nak denda aku. Selalu! Tapi memang aku juga yang cari pasal dengan pontianak itu. Siapa suruh kan? Dia pun sangat kenal aku. Saaaaaangat ‘kenal’...(aku antara pelajar yang selalu diambil nama dan didenda kerana datang lewat ke musolla dan juga ponteng terawih). Hehehe..
“Hey,Nia!! Kau tak dengar ke Datin Paduka tu dah start pasang siren ambulans tu? Bangunla cepat!! Tau tak Datin tu dah hangin dengan kau? Karang dia geram sampai tahap penghumbanan manusia bernyawa ke tingkap bawah,aku tak nak tolong. Pepandai kau la nak buat kuak kupu-kupu ke,apa ke,aku dah tak amik kisah dah!” Yumi dah membebel. Aku mengiring ke kanan membelakangi Yumi.
Uhh,Yumi ni. Memekak saja kerja dia. Haa.. Ini la kawan baik aku. Nama sebenar Yumi ialah Ayuni tapi kami semua memanggilnya Yumi kerana terlalu obses dengan watak manga shoujo,Yumi Shirosaki yang sangat comel. Setiap hari,pasti dia akan bercerita perkara yang sama tentang Yumi Shirosaki itu hingga aku berasa ingin muntah 14 kali dan sangat menyesal kerana memperkenalkan manga itu kepadanya. Walaupun aku seorang manga maniac,aku masih belum bersedia untuk menghabiskan stok air liur aku dengan bercerita benda yang sama tentang Koudai Imai atau Urabe Takumi(watak komik kegilaan aku).
Dengan selamba,aku menarik selimut dengan penuh elegan. Confirm nak sambung tidur balik. Yumi cepat-cepat menarik selimut aku agar aku tidak terus menyambung lenaku yang tidak tahu sampai bila itu. Aku merengus.
“Bak sini balik selimut aku tu,Yumi! Aku nak tidur la.. Ngantuk gila ni.. Please......”
Aku mencebik bibir dengan mata terpejam untuk meraih simpati Yumi.. Tapi...
“Kau jangan nak buat muka ‘tolong-kasihankan-saya’ kau tu kat aku! Aku kenal sangat taktik kotor kau tu. Dah cepat bangun! Kau tak ingat ke hari ni ade qiamullail berjemaah? Aku cuma tak nak nama kau kena ambik je nanti.”
Aiseh! Taktik aku tidak menjadi. Aku cuba memujuknya.
“Ala,Yumi. Tu kan sunat je.Kau tak kesian kat aku ke? Semalam aku tidur lewat aa.. Ada hal dengan budak dorm sebelah. Penatla Yumi.”
“A’ah! Yela tu! Kau tidur lewat semalam pun sebab kau layan wrestling kan? Kau ingat aku tak tau,kau curi-curi masuk bilik multimedia semalam?”
Aisey! Macam mana boleh kantoi ni? Plan aku sikit punya bijak lagi teliti macam itu pun, dia boleh tau? Ini confirm anak murid David Blaine ni. ‘Wa kasi tabik spring toing-toing la sama lu!’
“Hehe.. Ala,Yumi. Baru sekali aku buat camtu. Rilex la..” Aku menguap dengan tangan tangan kanan menutup mulut.
Mata aku sudah boleh terbuka dengan normal tanpa sebarang bantuan mancis sebagai tongkat mata. Meaning,aku sudah tidak mengantuk lagi. Pandai betul Yumi ajak aku bercakap,nak bagi mengantuk aku itu hilang.
“Cik Dania,kau buat camtu dah dekat 14 kali tau tak? Memang naya betul la si Hakim tu jadi laki kau karang!”
Yumi ni memang sengaja nak kasi aku naik darah.. Aku anti betul dengan lelaki yang suka kacau perempuan,lebih-lebih lagi dengan si Hakim itu..
“Ey,Cik Yumi!! Aku tau la yang kau geram tahap tak ingat kat aku sebab aku malas pergi musolla! Tapi kalau bab laki-laki ni,kau jangan main-main. Tak pepasal gigi kau berterabur karang!!”
Kepada para pembaca yang disayangi,kami memang macam ini. Nampak saja macam gaduh, tapi itu gaduh sayang. Hehe..
“Woi,korang! Daripada korang buat aksi dramatik tak tentu hala dalam dorm ni,baik korang pergi ambik wuduk dan membuka langkah seribu ke musolla..Habis siaran mimpi aku dengan pakwe aku tergendala..”
Well,seperti biasa akan ada orang yang menyampah dengan ‘gaduh-sayang’ kami akan menghentikan drama kami itu.. Temperature ‘kejelesan’ aku terhadap Nani yang ‘cuti’ dan mula menarik selimut dengan bangganya itu telah berjaya memecahkan thermometer hati aku.. Uhh.. Lenanya dia tidur.. Dengan senyum-kambing-bajet-comel,aku berpaling ke arah Yumi..
“Hehe.. Umm.. Eyh,Yumi,kau tak ingat ke hari ni ade qiamullail berjemaah? Datin Fatihah tu dah hangin dengan kau. Karang dia buang tebiat tahap penghumbanan manusia bernyawa ke tingkat bawah karang,aku tak mau to.....”
“Tu ayat aku kan? Nak ajuk ek? Hmmm..???” Uish,muka Yumi seakan-akan beritahu aku yang something bad will happen.. Kena cabut ni...
“Ngee..hehehe.. Eh,Yumi! Tengok belakang kau ada cicak mati! AAAAAAAAAAA!!!!!!!!” Yosh! Aku ada bakat la nak kalahkan Usain Bolt.
Dalam masa 10 minit,kami telah siap kejar-mengejar dan berwuduk. Kami melangkah beriringan ke musolla. Langkah kami serentak dan senada. Mengenangkan peristiwa tadi,aku tersenyum sendirian. Sabar betul Yumi dengan karenah aku. Walaupun kami sering guna sistem perundangan bahasa kasar dalam percakapan kami dan selalu bergaduh,tapi itulah yang buat kami bertambah rapat. Susah tau nak cari bestfriend macam Yumi! Satu dalam satu juta! Aku mengimbau kembali peristiwa first met aku dengan Yumi.....
maka ini bukanlah kiranya blog sehelai minuman Cool Blog yang menjadi ketidakwarasan kanak kanak riang zaman ini. ini ialah blog Yui Kumi. full stop.
Popular Posts
-
“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke ap...
-
Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah....
-
Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,...
-
“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membu...
-
“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut.. “Kejap,ummi.. I’m...
-
hehe... yui kumi ni sebenarnye the true blogger...tuan empunye blog nih...sy spupu nye yg bertggungjwb mereka dan membina blog ini..hehehe....
-
“Wohooiii!!! Kau termenung eh? Kau ingat apa hah?” Kusss,semangat!! Sergahan Yumi menyedarkan aku ke dunia nyata daripada memori lama. Aku...
-
“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excite...
-
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama....
No comments:
Post a Comment