maka ini bukanlah kiranya blog sehelai minuman Cool Blog yang menjadi ketidakwarasan kanak kanak riang zaman ini. ini ialah blog Yui Kumi. full stop.
Popular Posts
-
“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke ap...
-
Aku dan Yumi berjalan beriringan menuju ke kelas kami,3 Ummu Athiyyah yang terletak bersebelahan dengan kelas pelajar lelaki 3 Abu Hurairah....
-
Husna membetulkan simpuh di atas lantai.bacaan Al-Quran masih beralun lembut. Fatin berjalan menuju ke arahnya. "Assalamualaikum Husna,...
-
“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membu...
-
“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut.. “Kejap,ummi.. I’m...
-
hehe... yui kumi ni sebenarnye the true blogger...tuan empunye blog nih...sy spupu nye yg bertggungjwb mereka dan membina blog ini..hehehe....
-
“Wohooiii!!! Kau termenung eh? Kau ingat apa hah?” Kusss,semangat!! Sergahan Yumi menyedarkan aku ke dunia nyata daripada memori lama. Aku...
-
“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excite...
-
yui gelak sendiri. bila teringat kata2 kawannya masa yui form 4. "muka ibu kau sama lah dengan kau. suara dengan gaya cakap pun sama....
Wednesday, March 11, 2015
keciwakah yui itu?
keciwa. yui kumi sedang keciwa dengan apa yang berlaku pada dirinya yang dirasakan tidak bersalah itu. seseorang telah berjanji padanya utk hidup dengannya dan meminta agar dia menunggu gerangan seseorang itu lagi dua tahun untuk proses lelaki itu mengumpul duit nikah. dia tunggu. dia betul2 tunggu. walaupun dia tidak mengontact lelaki tersebut,tapi dia setia menstalker facebook serta wechat lelaki itu. tujuannya untuk tahu khabar beliau. entah hidup entah melingkup. dan lelaki tersebut tersangatlah ramah mesra riang ria dengan peminat2nya. biasalah manusia sado. ada je mana2 peminat depa. dan si yui ini hanya tersenyum kelat pahit masam manis melihat keletah2 gedik lelaki itu dengan entahsapasapaentah di wall lelaki itu. dia hanya sabar dan terus setia. si yui ini dahulunya sangatlah suka berkawan dengan lelaki. dan jarang mesej2 dari lelaki tidak dibalasnya. tapi oleh kerana yui berfikir yang dia perlu mula serius kerana merasakan dirinya sudah tua untuk bermain main,makanya dia tidak lagi menghiraukan mesej2 kata pujangga dari mana2 lelaki lain. dia belajar untuk setia kerana dia pernah kecundang atas silapnya sendiri yang tidak pandai mengolah hati. lelaki itu sangat setia menunggunya. walaupun pada ketika itu yui sudah ada yg suka. namun begitu yui menyimpan rasa pada lelaki setia itu dalam diam. dan keadaan yui sangat kronik kerana tidak boleh membuang lelaki itu dari fikirannya. pernah sekali nametag kawan perempuannya yang bernama fadhilah,yui nampak nametag itu nama lelaki itu. dan dia menjerit sambil menarik rambutnya kerana risau akan kewarasan dirinya sendiri. wah,sampai ke sini saya bercerita. okey sambung balik. yui sedih tengok lelaki itu makin femes dan sado serta makin ramai peminat perempuan yang mengkomen di wallnya dan lelaki itu sudah lupa diri agaknya kerana sudah terkenal sebegitu rupa. bicaranya makin kasar. dan yui tahu dirinya sudah makin dilupakan walaupun dia baru sahaja belajar menerima lelaki tersebut dalam hidupnya. dan satu hari yui terjumpa komen lelaki tersebut yang agak gedik dimatanya di gambar seorang gadis. yui menegur. yui kata, "saya sungguh2 ni nak tunggu hang sampai 2 tahun lagi,hang jangan main2 macam ni. saya dah tak kawan dengan mana2 lelaki dah sebab saya dah serius." yep,yui dengan lelaki itu membahasakan diri mereka saya-hang. clash habis. rosak bahasa utagha. dan lelaki itu menghantar gambar yg bertulis "pegedah,itu semua temberang." panas betul hati yui ketika itu. hingga tidak mampu untuk menyambung tidur lepas subuh pagi itu. betapa lelaki itu memberi kesan hebat padanya. yui membalas "sorii sorii ampuunn maaf3 sori ganggu babai assalamualaikum." yui terus off kan phonenya dan sumbat masuk kotak balik. dia tutup terus nombor itu kerana dia merasa sedih keciwa. dia tidak mahu berhubung dengan semua orang kecuali keluarganya. yui pendam sorang2. dia senyum di depan keluarganya. dia buat seperti biasa namun hatinya hanya Allah saja yang tahu. perit,sedih,keciwa bermain2 di ruang mata. rasa terhina dan bodoh sekali kerana diperlakukan sedemikian rupa. dia merasakan dirinya bodoh kerana dia sahaja rupanya yang bersungguh2 dalam hubungan itu. dan lelaki itu mentertawakannya. bodoh! bodoh! otak yui tak mampu untuk proses perkataan lain selain perkataan bodoh. yui tak kata bodoh pada lelaki itu kerana lelaki itu amatlah pandai serta bijaksana manakala yui pula asik tidur tersengguk meleleh air liur di dalam kelas. jadi bodoh itu untuk dirinya. dia shut off dunia. dia putuskan semua perhubungan dengan dunia luar lalu menjadi alien yang bercita cita ingin pindah ke marikh. sahabat2 baiknya pun tidak dihubunginya. dia malas. dia bosan. dia takut. dia takut untuk keciwa lagi. dia takut untuk sakit lagi. dia penat untuk melayan soal hati. dia ingin bersendirian. dia ingin capai cita citanya dahulu. bukan cita cita untuk ke marikh itu,ini cerita cita cita lain. dia tahu dia akan tetap menunggu hingga dua tahun lagi. dia tahu. tapi dia tak akan terima lelaki itu jika lelaki itu kekal macam itu. dia impikan lelaki itu yang dahulu. yang baik hati. yang merendah diri. yang tak sado. yang sayang kawan2nya. yang sayang pada yui sungguh2. yang sentiasa take care dirinya tanpa penat. yang risaukan dirinya. yang ingat segala benda tentang dirinya walaupun hanya warna pakaian. lelaki itu banyak kali mengambil gambarnya senyap2 sebelum yui menerima lelaki itu dalam hidupnya. tapi semuanya dah tiada. lelaki yang yui suka dah tak ada. yang ada hanya orang lain yang menggunakan nama sama dengan lelaki kesayangan yui. dan yui tidak suka pada lelaki lain itu. lelaki lain itu sangat berbeza dengan lelaki yang yui suka. dan sekarang yui cuma ingin menjalani hidupnya sendirian. dia tak mahu diganggu. dia hanya akan terus menunggu. dan menunggu. menunggu lelaki itu yang dahulu agar kembali. if it will take forever,so I'll wait forever.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nonoiiii.. Sob sob😢 u get hurt alone my dear..ohhmaaaaaigedekk..im here with u..awat off smuanyaa..putuih lgsg km dgn hg..puyao laaaaa mcm tu nonoiii..safi la nii! Nk kne sgguh..nti die..aku tumbok2 lenyek2 dia smpai jd kopok lekor basi kuaq ulat! Haippppp nonoiiiii.. Jgn sdeh2 cmni.. Ite x uke awok mcm niiiii..ite nk ngarut2 ngn awokkk..nk tag2 kt fb mcm org xpnh main fb..mcm2 menda nkkkkk share dgn hg! Nonoiiiiiiiiiii
ReplyDeletenoooiiii T.T aku dah banyak susahkan hg nooiii..ni lagi sekali aku susahkan hg jgk..huhuhu noooooiiii aku amauu buka phone tuuuu daahh huuuaaa.. T.T nnti bila aku dah x sedih aku bukak balik..noooiii aku tamau safi tuuu..huhu..safi yg aku kenal dah x ada nooooii T.T awat kisah hidup aku asik sedih je manjang niii huuaaa nnti aku dah x sedih aku bukak fb tauu2..i biiuu biiuu hg sungguh2 noooiiii.. T.T
Delete