Popular Posts

Friday, April 8, 2011

chapter 4

“Assalamualaikum,Master Sunaidi! Konnichiwa,haik!” Aku membongkok hormat kepada Cikgu Sunaidi sambil ketawa. Cikgu Sunaidi yang nyaris membuka bunga silat terkejut itu pun join aku ketawa.

“Awok ni suke sunggoh kene ke saye,ork? Tak dok kije laen ke? Kire nasib baik doh tu, saya dok gi sekeh pale awok tu. Buas sunggoh! Duduk diam gok! Pening doh saye ni.” Cikgu Sunaidi mula membebel dengan loghat Negeri Terengganunya yang pekat sambil tersengih. Alah,aku tau,cikgu gurau je. Aku cuma mempamerkan muka tidak bersalah sambil menayang gigi.

“Saye suroh mari awal,awok mari lambat. Saye baru niat nok belanje awok makan KFC sebab buleh jadi johan manoh. Dok jadi ah.” Cikgu mengangkat kening mengusik. Dan.......

“AAAAAAAAA!!!!! Betul ke cikgu? Saye jadi johan manoh? Nipu ah tu.” Aku menjerit keriangan dan kemudiannya mengusik cikgu dengan menuduhnya menipu. Pandai kan aku speaking slanga Terengganu? Frankly,atuk aku asal dari negeri keropok lekor tu. So,tak jadi masalah la kalau nak faham apa cikgu cakap tapi tak la fasih sangat.

“Nipu mende nye. Betol ah ni. Caye gok ke saye. Tu,napok dok medal tu? Hok awok la tu.” Cikgu Sunaidi menuding jari telunjuk ke arah mejanya. Aku segera berpaling 90 degree per second. Wah...medal tu macam bercahaya je melambai-lambai aku. Hahaha.. Gila.

“Uhh,cikgu. Timekasih sebab jadi cikgu manoh saye selame ni. Huhu.. Terharunya saye.” Aku berpura-pura mengesat air mata dengan belakang tangan.

“Doh,doh la tu Nia ey. Ade sokmo drama die ni. Pening saye.” Cikgu Sunaidi ketawa kecil. Sudah masak ranum dengan perangai aku.

“Ala,cikgu. Takde belanje-belanje ke sempena kejohanan liga dunia saye ni? Takkan KFC lagi kot. Tokey KFC tu dah cam saye tau. Kire doh layak jadi duta doh pun. Hehehe..” Aku tersengih-sengih. Cikgu Sunaidi pula dah bercekak pinggang.

“Banyok bunyik! Duduk diam-diam tak boh! Kang bagi makan pasir je kang,baru nangis dok berlagu.”

“Nangis pun ade lagu ye cikgu? Lagu mende? Hehehe...” Aku terus ketawa bersama dengan Cikgu Sunaidi.

“Hesy,die nih! Mulut tu dok buleh duduk diam. Ade je. Ha,Nia. Saye tanye doh pengetua. Die bagi je awok nok lawan peringkat kebangsaan pulok. Atas awok la ni nok setuju ke dok. Tapi saye rase mesti awok nok study kan? Ke gane?” Cikgu Sunaidi sudah jadi serius dan aku pulak,rasa ingin ketawa sambil berguling. Haha.. Hiperbola betul.

“Takpe la cikgu. Biar saye study la pulok. PMR nok dekat doh ni. Tapi,cikgu pesan la kat ‘adik-adik’ saye tu,suroh buat molek-molek.” Aku tersenyum. Cikgu Sunaidi buat muka blank. Tak faham la tu.

“Adik-adik saye tu,geng-geng manoh la cikgu. Jie,Aimi,Fahmi,Munie,Kira(1),Kira(2) ngan Mieda tu. Cikgu ni. Tu la,sibok sangat latih budok junior sampai dok ingat yang senior ni.”

“Ooo.. Gitu ke? Mane saye tau.”

“Hahaha.. Apaper la cikgu. Saye nok masuk kelas doh ni. Cikgu pegang la dulu medal emas 16 karat saye tu ye? Berharge tu. Hehe.. Timekasih cikgu. Assalamualaikum.” Sambil tersengih lebar,aku mengorak langkah meninggalkan bilik guru dan sempat menangkap gelengan perlahan Cikgu Sunaidi. Hahaha.. Best betul usik cikgu. Cikgu baik sangat la. Hehe..

Aku berjalan pantas menuju ke arah kelas 3 Ummu Athiyyah. Adui,study tak habis lagi ni. Tu la,ralit sangat bercakap dengan cikgu. Kan dah lambat tu. Ketika ingin menuruni tangga,seekor lipas kudung turut berlari ke arah tangga itu dengan laju dan masa aku menuruni anak tangga pertama,lipas itu sudah tergolek jatuh di anak tangga itu kerana tak sempat brek. Aku ketawa macam nak gila menekan-nekan perut. Nasib baik tangga perempuan dan lelaki asing-asing. Kalau tak,memang famous habis la aku hari ni. Lawak la lipas ni. Brek tak makan, terus tergolek 360 darjah. Apa nak buat,sekolah tak terfikir lagi nak buat traffic light untuk serangga.

Baru sahaja aku ingin menapak ke dalam kelas,mata aku segera menangkap sepasang mata makhluk yang paling aku tak mahu dekat dalam dunia ni. Cis! Homosapien berbulu ni ade lagi kat sini? Tak guna betul. Memang betul-betul hypertonic punya orang la dia ni. Sungguhla generasi XY ni boleh menghuru-harakan hidup aku. Setelah berjaya menjelingnya dengan ketajaman pisau belati,aku melangkah menuju ke tempat dudukku. Habis spoil mood aku. Wah,Yumi tak bergerak langsung dari Chicken Soup dia. Khusyuk betul. Hehe.. Tanduk aku dah tumbuh ni. Acah sikit.

“Iyyyaaarghhh!! Hahahahaha..” Aku ketawa terbahak-bahak. Yumi betul-betul terkejut hingga terlepas buku yang sedang dibacanya ke lantai. Melihat orang yang mengejutkannya tadi itu ialah aku,Yumi membulatkan matanya sambil bercekak pinggang.

“Kau nak mati ke? I’ll send you to the seventh heaven,nak?” Yumi sengaja memicingkan matanya. Aku tersengih lucu plus ngeri. Nak terguling suka pun ada.

“Ala,Yumi. Aku gurau je la. Jangan la marah. Hilang awet muda kau tu. Eheh,aku nak study la pulak. Asyik kacau orang je.”

“Tau takpe.”

Aku duduk di tempat dudukku dan mula membaca. Aku mengangkat muka untuk berpaling kepada Yumi tetapi bertembung pandangan dengan homosapien itu yang sedang merenung ke arah aku. Sebaik tersedar yang aku sedang memandang geram kepadanya,dia tersenyum gatal. Ai,tak serik lagi ke mamat ni? Aku bagi sedas lagi karang. Eiy,geram aku! Aku menutup kuat buku yang sedang dibaca itu. Ekor mata Yumi menangkap raut wajahku yang keruh. Dia mengangkat muka dan terpandang pelajar lelaki itu yang masih ralit memandang ke arah aku. Yumi tersenyum faham. Patutla masam sangat muka tu. Anti betul dia ni. Aku mendengus geram. Pilot The Shaker dicapai dan dilarikan rambang di atas kertas conteng Yumi melepas geram dengan menconteng di situ.

“Oi,kau buat apa tu?” Yumi menegur aku yang ralit dalam dunia sendiri.

“Tader pape la. Ey,siapa mangkuk yang mintak number aku tadi tu? Macam kenal tapi tak kenal.” Aku sengih kecil dengan mata memandang Yumi.

“Apa punya bahasa tu? Takkan kau tak ingat? Tu la Hakim yang cakap ‘saya suka awak,Dania’ depan semua orang tahun lepas tu. Tak ingat jugak?”

“Ouh,yeah! That annoying boy tu! Tak suka betul aku. Nak je aku jerit kat telinga dia,’I hate you forever!’ sekuat hati. Terus pekak. Confirm tak kacau aku dah.” Aku mendengus geram. Mangkuk tu rupanya. Tak guna betul.

“Dah,dah. Lupakan je amende yang tak penting tu. Ey,kau tau tak,minggu depan kita ada majlis sembahyang hajat? Call ummi kau petang ni dan tanya dia nak datang berapa orang. Esok cikgu nak buat bancian. Got it?” Panjang lebar Yumi menerangkan kepada aku.

“Yeke? Tak tau pun ada solat hajat?” Aku mengerutkan dahi.

“Cuba kau tanya diri kau sendiri,sejak bila kau pernah nak ambik tau hal sekeliling?”

“Eheh,ada la. Kau ni..” Aku tersenyum malu.

“Eyt,kau ade multiple personality disorder eh?”

“Ek? Kau kata apa? Multiple personality disorder? Mana kau dapat idea yang tak bijak tu?” Aku mengangkat kening,pelik. Pehal pulak neh?

“Yola.. Dah kau tu,dengan orang lain kau boleh pulak gurau-gurau tapi apasal dengan lelaki,kau anti ek?” Yumi bertanya dengan serius. Aku rasa nak tergelak. Aku tersenyum-senyum merenung muka Yumi sehingga dia berasa pelik.

“Kau pehal tengok aku camtu? Nak rasa penumbuk aku yang aku agak berkuasa 60 juta volt ni ke?”

“Tader la. Kau punya muka time serius lawa ek? Tatau pulak aku. Buat la selalu.” Aku tersenyum manis. Ai,Yumi dah merah la. Mesti malu.

“Kau kan,memang nak rasa sup penumbuk dengan minum jus kaki aku kan?” Yumi mencebik. Aku tertawa senang. Dan soalan Yumi tergantung begitu saja.

Aku bukannya nak sangat berahsia dengan orang yang aku sering memanggilnya ‘pal,friend,love,honey,sayang,madu’ segala. Aku cuma rasa benda tu tak penting untuk dia tahu kerana
1) Yumi akan ketawakan aku
2) Yumi akan ketawa bagai nak gila jika dia teringat cerita itu sebaik saja ternampak mukaku
3) Dia akan tersengih-sengih sepanjang hari kerana mengetahui ‘rahsiaku’ hingga aku berasa sangat mahu menyepaknya

Aku tak tahu jika perkara ini boleh dipanggil rahsia atau sesuatu-yang-memalukan-Dania atau apa-apa je. Aku tak benci lelaki tapi aku benci ‘lelaki’ yang anggap perempuan adalah bahan mainan atau usikan. Macam homosapien tadi yang nak berkenalan denganku itu. Nak berkawan pun kena ada kawan biasa dan kawan istimewa jugak ke? Aku cuma agak yang dia tu jenis yang nak bercinta dulu.. Lepas tu buat benda tak sepatutnya sebelum berkahwin dan dia punya girlfriend mengandung anak luar nikah........ Astaghfirullah... Tak patut la aku memandai cakap dia macam tu sebab aku bukan kenal dia pun.. Astaghfirullahalazim.. Tak baik buruk sangka kat orang..

Manusia dah hilang dia orang punya malu.. Seks sebelum kahwin dah jadi macam wajib pulak.. 5 huruf.. B.O.D.O.H.. That stupid idea must be from the stupidest person who never had ashamed at heart.. I'm really don’t know how this can be existed.. We shouldn’t wholly blaming the West.. Kalau orang kita tak ikut,tak akan jadi macam ni punya.. Kita patut fikir dulu sebelum buat something yang boleh merosakkan masa depan kita.. Kan? Itu la.. Kalau aku ada kuasa nak tegur makhluk BODOH itu,aku tak akan tegur tapi terus pelangkung dia orang dengan mangkuk tandas sebab dia orang memang layak terima tu..

Tapi yang tak patutnya,ada jugak yang mengandung anak luar nikah bukan sebab diri sendiri yang nak buat tapi kena dajal dengan makhluk Allah yang tak sedar diri dan hamba nafsu.. Orang macam tu memang sangatla patut jadi makanan untuk jerung je.. Kesian orang yang jadi mangsa,tak tahu nak buat apa.. Mangsa keadaan tu sebenarnya boleh dapat perlindungan dari Allah.. Dia orang teraniaya dan doa orang teraniaya sangat makbul di sisi Allah.. Kadang-kadang dia orang terlalu sedih sampai rasa tak nak hidup lagi.. Dia orang lupa Allah ada di mana-mana dan Allah Maha Pengampun.. Allah kan Tuhan kita dan Maha Mengetahui tentang takdir kita dan jugak Maha Mengetahui.. Jadi kena la banyakkan bersabar.. Err.. Eheh,ada gaya pakar motivasi tak? Chewah! Hahaha.. Gila..

5 comments:

  1. best, seronok, suke...
    best, seronok, suke...
    best, seronok, suke...
    best, seronok, suke...
    best, seronok, suke...
    best, seronok, suke...
    tu je, x tau nk kte pe dah =D
    tp yg pasti, x sbr tggu nxt chapter!!

    ReplyDelete
  2. betol eh??tenkiu22..haha..mlm ni kot yui post yg baru..hahaha..

    ReplyDelete
  3. sori kalu x brape fhm bhse trgganu ow..bg yg bkn org ganu la...sori2..

    ReplyDelete
  4. hehehe..x ley tahan bila baca nama2 yg mmg wujud dlm skolah..rse mcm btol la plak..kui3

    ReplyDelete
  5. ahahaha..ye aa op..tp nme2 tu dh mitop izin tu..hehe..

    ReplyDelete