Popular Posts

Saturday, April 9, 2011

chapter 5

Pada petang itu,selepas solat asar berjemaah di surau(aku berjaya kalahkan Yumi siapa yang sampai dulu ke surau),aku ingat nak telefon ummi dan Along untuk bertanya khabar walaupun aku tahu ummi dengan senangnya boleh datang melawat aku di sekolah tapi aku rasa tidak patut menyuruh ummi datang melawat aku hanya kerana aku kekurangan ‘bekalan maggi’ dalam stok aku.. Abah pulak sibuk sikit sebab bekerja sebagai pensyarah Kimia di sebuah kolej swasta kat Kuantan.. Along pulak lepas dapat result bagus kat matriks terus sambung chemical engineering kat UTP.. Kalau aku balik rumah pun,aku dengan ummi je la yang ada kat rumah.. Along tader jadi kalau balik pun mesti tak best.. Adus,rindunya kat Along.. Kitorang beza 4 tahun pun kamcing gila sebab kitorang berdua je anak kepada Encik Darwish dan Puan Zafira.. Hahaha..

Aku menekan nombor telefon rumahku.. Setelah menunggu beberapa ketika,panggilan dijawab..

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam,ummi.. Nia ni..”

“Tau.. Anak ummi sihat tak?” Ummi bertanya lembut.. Ummi memang best! Sebab tu anak dia pun agak sopan.. Hehe..

“Aisy,ummi.. Baru je Nia nak tanya ummi sihat tak,ummi dah potong dulu.. Tak aci,tak aci!” Aku sudah muncung.. Hehe,kekurangan kasih sayang..

“Yela,yela.. Ha,tanya la cepat.. Macam budak-budak..”

“Ummi sihat? Haha..”

“Iye,anakandaku.. Sihat.. Puas hati dah?” Gurau ummi.. Aku tertawa lucu..

“Hahaha.. Em,ummi.. Sekolah Nia buat solat hajat next week.. Ummi nak datang berapa orang? Abah datang tak? Ajakla Along datang sekali ye? Rindu la kat Along,ummi..”

“Ala,kesiannya anak ummi.. Call la Along.. Mesti dia rindu jugak kat Nia.. Ummi datang dengan semua la.. Abah dengan Along..”

“Yey! Bagusnya semua datang! Thanks ummi..” Aku menjerit keriangan..

“Sama-sama,sayang.. Okeylah,ummi nak buat air untuk abah minum balik kerja nanti.. Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam.. Take care ummi..” Klik! Gagang telefon diletakkan oleh ummi di hujung sana.. Umh,call Along la pulak.. Mesti terkejut atuk tu bila aku call dia.. Hahaha.. Atuk? Aku ketawa lagi..

Nombor telefon Along yang dah berkulat dalam kepala aku ditekan.. Setelah lama menunggu,panggilan masih tidak diangkat.. Aku dah naik hairan.. Pehal Along tak angkat ni? Takkan tidur kot petang-petang camni? Jadi gila karang aku jugak susah.. Aku menekan butang redail.. Setelah menunggu agak lama,akhirnya panggilan diangkat..

“Alongg!!!!” Jeritku gembira.. Along menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga.. Sakit telinga.. Ai,adik aku ni pun..

“Iye.. Nape jerit? Rasa nak smackdown je Nia ni.. Sorry la lambat angkat.. Along mandi lepas solat tadi.. Nak apa call Along?” Along tersengih-sengih.. Rindu betul aku dengan adik aku nan sorang ni..

“Ada ke patut tanya camtu.. Along patut terharu sebab sel otak Nia simpan lagi memori pasal Along tau!”

“Cek elleh! Terharu amendanye? Tak macho la.. Eyp,adik,weekend ni balik tak?”

“Along! Baik Along tukar gelaran adik tu kepada gelaran Nia or I’ll put this phone off! I hate that la Along..” Aku merungut.. Along ni.. Aku dah besar la.. Along ketawa.. Dah banyak kali aku warning dia,tak pernah nak dengar.. Letih aku..

“Hahaha.. Dah memang Nia tu adik Along..”

“Tau la.. Dalam kad pengenalan pun dah jelas kita adik-beradik tapi tak best la Along panggil Nia adik..” Aku memuncungkan bibir..

“Okey la tu.. Nampak la sikit kita adik-beradik sehati sejiwa,kan? Hahaha..”

“Taik Along ni! Tak sangka Along join mat-mat bunga kat UTP.. Cis! Ummi patut selamatkan anak bujang trang tang tang dia ni dari cengkaman mat bunga! Hahaha..” Aku ketawa.. Along dah terguling..

“Okey,okey.. Dah Nia balik tak minggu ni? Along balik Jumaat ni.. Saja nak balik..” Tanya Along..

“Along balik?? Yeay! Bestnye!! Nia nak balik jugak la! Aaa,Along.. Birthday gift Nia Along tak kasi lagi.. Nia ingat tau!” Aku sengaja mengugut Along walaupun tahu Along tak pernah miss nak wish dengan bagi hadiah kepada aku daripada kecil sampai sekarang..

“Adanya birthday gift Nia tu.. Along takkan lupa punya adik Along yang ter-chenta ni..” Along tersengih lebar.. Memang la Nia je yang boleh buat aku hilang stress.. Rasa macam semua masalah terbang bila dengar suara dia..

“Whaa,Along.. Along memang best macam Tudor Gold Macadamia! Best betul Along ni!!” Aku ketawa.. Along tersenyum di hujung talian.. Ade ke patut dia samakan aku dengan coklat?

“Memang la Along best.. Tapi Along lagi best dari coklat tu la.. Sayang tak Along? Hahahaha..” Along ketawa lagi..

“Sayang,sayang! Saaaayaaangg sangat kat Along.. Hadiah besar sikit ye? Hehehe..” Aku tersengih..

“Ceh! Pembodek! Karang Along kasi pembalut hadiah saja karang baru tau! Masa tu jangan nak mogok kat Along la. Padan muka adik! Haha.. Merajuk la tu..” Along masih tak habis lagi menyakat aku.. Ni la antara benda yang aku rindu kat Along.. Sebab tu aku sayang gila kat Along..

“Ala.. Teruk la Along! Jahat nak mati! Report kat ummi karang,terus dapat surat pengharaman menjejakkan kaki ke rumah sendiri! Tu baru betul padan muka! Hahaha..” Ha, sakat la lagi.. Along ketawa besar sampai aku terdengar suara kawan sebilik Along yang berkata, “Woi! Tau la kau excited kemende adik kau telefon! Ketawa macam nak daftar hospital sakit jiwa!” Dan hasilnya,Along ketawa tak berhenti selama 5 minit hingga aku terpaksa menyuruhnya berhenti ketawa dengan mengugut akan meletakkan telefon segera dan tidak akan menelefonnya lagi selama 3 bulan..

“My room-mate.. Hahaha.. Bising la dia..” Along memberitahu siapa yang menegurnya tadi..

“Tau.. Memang patut pun kena tegur.. Nanti sekali ummi buat keluar dia punya firasat yang anak sulung dia akan masuk hospital gila baru tau!”

“Ala.. Takkan punya la.. Nia balik Jumaat ni,Along datang ambil tau.. Call dulu bagi tau pukul berapa nak balik.. Lepas tu,Along belanja Nia makan Double Cheese kat McDonald.. Nak tak?” Along bertanya.. Wah! Makan besar la aku! Makan free pulak tu! Rezeki jangan ditolak..

“Nak la! Bab makan Nia tak tolak tau! Hahaha..” Aku ketawa gembira.. Best betul ada abang yang sporting nak mati macam Along ni.. Isk,isk,terharu betul aku ada abang yang pemurah.. Huhu..

“Tapi kat McDonald nanti,jangan nak buat perangai tamak haloba Nia tu ye? Pokai Along nanti tau! Along kena simpan duit nak kahwin pulak ni.. Hahaha..”

“Puk! Ahahahaha! Along pun ada hati nak kahwin ke? Along,ada ke orang nak kat Along Nia ni? Tak payah kahwin la.. Buat kecewa ummi dengan abah je.. Balik nanti Along belajar masak dah la dengan ummi.. Yela kan,sebagai persediaan tader isteri.. Hahahahaha..” Aku ketawa suka.. Usik Along! Hehehe..

“Perli Along ye? Takpe,takpe.. McDonald cancel eh? Hahahaha..” Ceh,Along dah buat ketawa jahat dia la pulak..

“Aaaaa.. Alooong.. Tak aci la Along ni.. Tengok Along tu.. Ala,Along.. Along kan abang Nia yang handsome,macho,baik hati,pemurah.. McD ye Along? Ehee..” Aku memujuk Along.. Harap-harap Along tak cancel betul-betul.. Aku dah mengidam Double Cheese ni..

“Tau takut! Yela,yela.. Along belanja la Nia nanti.. Tapi kena ada balasan la.. Deal?”

“Kerek betul! Tu pun nak berkira ke? Okey la.. Nia bagi Along pinjam komik Cuti.. Tapi jangan buat rosak pulak tau! Koudai Imai Nia tu! Sayang nak mati!” Aku terpaksa mengalah.. Along ni,nama je 19 tahun,tapi perangai lebih kurang aku je! Nak baca komik la,nak tengok anime la! Macam budak-budak! Ummi dan abah dah pening tengok Along yang tak matured langsung tu.. Hahaha..

“Yess! Tu yang Along nak dengar tu! Hehe.. Thanks adik!”

“Alongg!! Jangan panggil Nia adik la!” Tak pernah nak dengar apa orang suruh..

“Alalala.. Apaper je la Nia.. Lagi komik lain ada tak? Hehe..” Along tersengih..

“Tader,tader.. Along,Nia dah kena quit ni.. Orang lain nak guna public phone ni pulak..”

“Alah,cepatnya! Suruh dia orang guna phone lain tak boleh ke dik? Tak puas lagi cakap dengan Nia..” Along merungut-rungut.. Aku tersenyum..

“Lusa Nia dah balik.. Along jangan nakal-nakal tau? Hahaha.. Tata,Along..”

“Yela,yela.. Nia pun jangan buli orang lagi ye? Tata,adik..” Along memutuskan talian.. Aku pun meletakkan gagang telefon di tempatnya..

Sebaik sahaja aku berpaling ke belakang,ramai pelajar perempuan yang lain sedang beratur menunggu giliran untuk menggunakan telefon itu.. Dia orang memandangku dengan muka bengang.. Emo betul.. Hahaha.. Relax la.. Tu aku baru telefon Along dengan ummi.. Karang aku telefon sekali dengan segala nenek moyang aku karang,berjanggut kau nak menunggu.. Kira okey apa.. Aku tersengih cuma.. Ketika aku nak balik ke dorm aku,aku terdengar suara sumbang daripada mereka-mereka yang beratur itu sedang mengutukku..

“Macamla public phone ni mak bapak dia punya kan?”

“Yela,suka hati je nak guna lama mana..”

“Dia tu tau berlagak je..”

“A’ah! Dia tu kan.........er...” perbualan mereka terhenti sebaik sahaja menangkap renungan tajamku.. Mereka mula menundukkan wajah.. Tau takut! Tadi macam berani sangat.. Aku merenung seorang demi seorang dan membongkokkan badan untuk mengambil sebiji batu di atas tanah.. Mereka cuma menelan air liur.. Aku tersenyum manis ke arah mereka dan.........

GANGG!! Bunyi batu yang dilemparkan ke pondok public phone menyebabkan semua orang terkejut dan terjerit.. Mereka memandang ke arahku dengan riak terkejut.. Aku senyum bersahaja sambil mengangkat kening sebelah,lebih kepada sinis dan tidak berperasaan.. Aku menepuk-nepuk kedua belah tapak tangan aku yang berdebu,masih tersenyum.. Dengan mata tepat ke arah orang yang mengumpat aku tadi,aku mula membuka mulut..

“Korang kalau tak puas hati,jangan pendam.. Straight to the point la.. Heh!” Dengan muka yang aku rasa agak berlagak dan suara tiada nada, aku menjeling tajam ke arah mereka yang mengata aku itu.. Dan terus melangkah ke dorm aku.. Hehehe.. Puas hati aku! Ek? Lupa pulak.. Baru je 3 minit yang lepas Along pesan jangan buli orang.. Hahaha.. Sorry la Along.. Darurat..

2 comments: