Popular Posts

Wednesday, April 13, 2011

chapter 7

“Ummi!! Nia dah balik!” Aku menjerit suka sebaik saja turun dari kereta.. Along cuma mampu mengeleng kepala melihat aku yang terlebih excited balik rumah.. Habis la ummi dengan abah pening,dua-dua anak pengacau keamanan dah balik.. Hahaha.. Ummi yang terkejut sebab suara aku yang kuat itu segera berlari keluar untuk melihat apa yang terjadi.. Aku terus memeluk ummi yang sudah menjengah di pintu.. Ummi hanya ketawa bila Along memberitahu ummi yang suara kuat tadi datangnya dari makhluk berbahaya yang baru terlepas dari sekolahnya.. Aku menjelir lidah kepada Along yang ketawa dengan ummi.. Along membalas dengan berpura-pura mahu mengejar aku dengan penyapu yang diambilnya di dinding rumah..

“AAAAAA!!! Ummi,tengok Along!” Aku menjerit dan menyorok di belakang ummi..

“Ummi! Marah la Along tu!” Aku mengadu lagi pada ummi sambil mata ligat mengawasi gerakan Along yang sedang tersengih itu.. Ummi cuma bercekak pinggang dan membulatkan matanya kepada Along,bergurau.. Aku tak puas hati melihat ummi yang tak marah langsung Along yang ingin mengejarku itu,lalu meluru kepada Along dan mencubit kedua-dua belah pipinya geram.. Along ketawa kuat,suka dapat kenakan adik sendiri.. Abah pun turut sama menjengah keluar kerana terdengar bunyi bising dari laman rumah sendiri dan kemudiannya tersenyum melihat aku yang sedang bergurau dengan Along..

“Ohai,abah! Abah sihat?” tanyaku dengan tangan sibuk menepis-nepis tangan Along yang nak cubit pipi aku pula.. Abah tersengih..

“Sihat.. Asal Nia dengan Along jumpa je,mesti riuh.. Patutnya abah dah tak payah beli televisyen.. Tengok adik dengan Along gaduh pun macam best.. Hahaha..” Abah tersengih lebar memandang ke arah ummi yang cuma tersenyum melihat karenah anak-anaknya..

“Tapi abah beli jugak TV tu kan? Siap dengan TV plasma,Astro segala. Tu dengar ummi cerita,abah nak tukar Astro Beyond pulak,amacam? Hehehe..” aku ketawa lucu.. Along dah buat ketawa-nak-mati dia.. Ummi tersengih kelakar tengok abah,abah tengok balik kat ummi sambil tersengih geram.. Anak bongsu dia dah kenakan dia..

“Ala,adik apa tau.. Ada la sebab kalau kaum lelaki langgan Astro Beyond.. Kaum perempuan tak boleh tau.. We’re men,we keep our secret..” Along kenyit mata kat abah yang turut balas dengan mengenyit mata nakal..

“Along ni betulla banyak dapat gene abah yang suka buat kerek depan adik-beradik.. Nia je dapat gene ummi yang baik-baik..”Aku angkat bakul sendiri.. Ummi tersenyum cuma.. Abah angkat kening sebelah kepadaku dengan gaya pura-pura berlagak dan Along pula meniru gaya abah agar lebih nampak seperti dua orang yang sangat serasi.. Aku geram lalu mencubit pipi Along dan mencucuk perut abah.. Dan hasilnya dua-dua mengaduh sakit.. Aku pulak tersenyum puas hati sambil memeluk ummi..

“Haih,apa nak jadi ni? Dengan abah sekali jadi budak.. Dah,dah.. Adik dengan Along pergi masuk bilik,mandi.. Lepas solat turun makan.. Abahnya pun pergi sekali ye? Rumah ni dah bau 3 rasa dah pun.. Dah,pergi,pergi!” ummi dah buat suara queen control dia.. Hahaha.. Dengan abah-abah sekali ummi aku libas.. Da-syat la.. Aku dan Along segera berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik masing-masing.. Opss! Lupa pulak! My bag! Aku segera menahan Along dari terus berlari menuju ke biliknya..

“Along! Tak gentleman langsung! Pergi la angkut beg Nia tu..” sengaja aku menyuruhnya walaupun kedua-dua kami sudah berada di depan bilik masing-masing.. Hehe,malas la turun..

“Adikku Nia,nape tak bagitau masa Along dah berada dalam bilik air untuk mandi?”Along bertanya geram dan tersenyum sinis.. Aku tersengih bodoh.. Hahaha..

“Ha,pergi la masuk bilik air tu,Nia nak pesan la ni.. Hehe.. Ala,Along.. Along kan abang Nia yang paling gentleman,pergi la ambik beg Nia tu..” aku memang suka desak Along.. Hehehe.. Along bercekak pinggang memandangku.. Aku buat muka kesian..

“Memang la Along yang paling gentleman sebab Nia ada sorang je abang kat dunia ni.. Tau?”Along tersengih geram.. Aku tidak beralih dari muka kesian tadi..

“Yela,yela.. Along pergi..”

“Hehe.. Thanks Along..”

“Iye..”

“Jangan letak depan pintu tau.. Letak dalam bilik Nia..”

“Tau..”

“Ketuk pintu dulu..”

“Ingat Along kecik ke?”

“Angkat semua beg Nia tu ye?”

“Hmm..”jawab Along di tingkat bawah..

“Jangan tertinggal ye? Hehehe..” usikku lagi.. Along menjegilkan matanya sambil mendongak kepada aku yang menjenguk ke tingkat bawah.. Aku ketawa dan terus masuk ke bilik.. Aku mengeluarkan Al-Quran dari beg sekolah dan menciumnya tanda hormat sebelum meletakkannya di atas meja belajar.. Malam ni lepas solat maghrib nak baca Al-Mathurat la kejap.. Moga-moga Allah limpahkan rahmat dan rezeki kepada kami,hambaNya.. Amin..

“Adik! Nah amik ni..”Kuss semangat! Along ni kan,aku pesan tiga juta kali pun boleh lupa,ni pulak dua juta kali.. Aku memandang Along dengan muka masam sambil bercekak pinggang..

“Apa?”Along bertanya pelik.. Aku dah tolong macam adik suruh kan?

“Yosh,Along! Hari ni mari kita belajar tentang cara mengetuk pintu bilik orang lain.. Mula-mula genggam tangan macam ni dan ketuk pintu bilik dengan perlahan sambil memberi salam.. Faham tak?” Aku sengih gaya sinis kat Along sambil memeluk lengannya.. Siap kasi demo lagi.. Kalau tak ingat jugak lepas ni alamat Along mandi longkang la.. Along ketawa..

“Ala,dik.. Lupa la.. Sorry?”Along sengih kerang busuk.. Ada jugak yang teringin nak makan kulit kerang dan siput babi ni.. Aku buat-buat berfikir.. Along buat muka puppy-face memujuk..

“Nope!”jawabku cepat..

“Ala..”

“Okay!”

“Hehe.. Tata adik.. Solat cepat,dik.. Lepas recite Quran,turun bawah..”Along memperingatkan aku.. Aku mengangguk laju.. Aku pun menolak tubuh Along keluar dari bilik aku sambil merungut-rungut.. Along ketawa sebelum keluar dan menutup kembali pintu bilik aku..

Aku segera mencapai tuala dan berlari macam nak berlumba menuju ke bilik air yang dikongsi dengan Along sebab kalau aku lambat,Along sempat buat keji kat aku.. Jangan fikir lain tau! Along aku akan kunci pintu bilik air (bilik aku dan Along ada satu bilik air tapi dua pintu yang menghubungkan bilik masing-masing) yang menghubungkan dengan bilik aku.. Dan tak akan membukanya sehingga aku terpaksa mandi di tingkat bawah.. Kalau aku ketuk pintu biliknya sebab dia buat macam tu,dia akan menjerit dari dalam bilik dia “Along mandi sejam!!” walaupun dia dah siap mandi berkurun.. Sangat menyakitkan hati.. Memang sangat tak betul la abah punya keputusan nak kasi kitorang kongsi bilik air.. Tengok apa dah jadi? Mess.. Salahkan budak lelaki tak cukup umur tu..

“Fulamak.. Kira nasib sempat la aku tak kantoi lagi dengan Along..”aku menarik nafas lega kerana sempat cop bilik mandi dulu sebelum Along ‘kenen’kan aku lagi.. Aku segera mengunci kedua-dua pintu bilik mandi kerana terdengar bunyi tapak kaki Along yang berlari ke arah bilik air itu..

“ADIIIIIKKK!!! Tak aci! Along mandi dulu!”Along menjerit geram sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air itu.. Aku ketawa suka dari dalam bilik air..

“Ouh,na,na,na,Along.. Nia dulu.. Along dah kalah.. Pergi mandi bawah.. Hahaha..”aku ketawa lagi.. Kemudiannya Along merungut-rungut pergi ke tingkat bawah.. Hahaha.. Padan muka Along! Dan aku pun mandi dengan aman tanpa diganggu suara Along itu.. Ngee..

Aku menyarungkan pyjama aku yang berupa kostum ayam yang berwarna putih ke badan.. Aku la,kalau tak sebab ummi yang beli untuk aku,tak hingin aku nak pakai bulu ayam ni.. Ada ke patut.. Dah la jari-jari aku tak boleh bergerak bebas dengan pyjama ni sebab lengan baju ni betul-betul macam kepak ayam.. Tader lubang nak keluarkan jari-jari aku.. Sekali pakej dengan ekor ayam dan rambut ayam yang merah tu (pyjama tu sekali dengan penutup kepala macam jaket bertopi yang orang sering pakai itu).. Paruh ayam pun ada.. Aku rasa dah jadi ibu tunggal ayam la.. Mula-mula aku pakai pyjama ni,Along dengan abah ketawa sampai berguling-guling atas lantai sambil menuding-nuding jari arah aku yang dah buat muka tak berperasaan.. Taper,dah biasa kena gelak.. Ummi pulak memujuk aku dengan mengatakan pyjama itu sangat sesuai dengan aku sambil menahan ketawa daripada meletus.. Sabar je lah..

Aku segera menunaikan kewajipanku sebagai umat Islam dalam mendirikan tiang agama.. Sebaik salam terakhir,aku mencapai naskah yang mengandungi bacaan Al-Mathurat dan mula membacanya dengan tenang.. Terasa sejuk dan meresap ke hati.. Sungguhla ayat Allah sangat sempurna dan tiada keraguan baginya.. Suara berlagu membaca Al-Mathurat sambil niat di dalam hati agar Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kami semua.. Aku menadah tangan berdoa memohon ampun daripada Maha Pencipta.. Amin..

3 comments:

  1. kpd nasuha al-basabrin..cpt2 la jd follower...bkn ajakn tp pksaan..ngaa..hahhaha

    ReplyDelete
  2. like!like!like!like!like! <3<3<3 =)
    nk share blog ni ye!

    ReplyDelete
  3. ahahha..amad..kalh org gile nvel..ahhahaa..kn amad dh share kn??dulu2 agi..hahhaa :D
    tenkiu234!!!nti org post next chapter neh??

    ReplyDelete