Popular Posts

Thursday, April 14, 2011

continue of chapter 7

“Nia! Cepat turun.. Abah lapar dah tu..”suara ummi memanggil aku sampai ke gegendang telinga aku.. Aku segera menyahut..

“Kejap,ummi.. I’m coming..” Sahutku sambil tangan laju memain peranan melipat telekung.. Aku membuka pintu bilik dan melangkah keluar ke arah dapur.. Abah dan Along sudah menghadap makanan dari tadi lagi.. Sebaik diorang tersedar kehadiran aku di meja makan,masing-masing bercekak pinggang serentak.. Hahaha.. Macam berpakat je.. Aku tersengih sahaja..

“Lambatnya adik.. Along dengan abah dah tahap kebulur tau!” Ujar abah bergurau.. Ummi tersenyum sambil mencedok nasi ke dalam pinggan abah.. Satu kelaziman yang sentiasa ummi amalkan.. Along nampak macam menahan ketawa.

“Adik,Along ada beli makanan kat adik.. Ada dalam almari tu.. Makan nanti tau! Penat Along cari kat pasar..”Along menunjukkan almari yang di belakang aku itu.. Along menghulurkan pinggannya kepada aku untuk diletakkan nasi kerana bekas berisi nasi berada dekat dengan aku.. Aku mencedok nasi ke dalam pinggan Along..

“Yang mana satu? Nanti takut Nia tersalah kebas harta ummi karang..”aku memandang muka Along.. Along menyembunyikan senyumannya hingga tidak tertangkap oleh mata aku..

“Adik cari bungkusan yang ada tulis makanan ayam ye? Hahahahaha..” semua di meja makan ketawa besar termasuk ummi sendiri.. Tak guna Along.. Ejek aku la tu.. Tu je kerja dia kat rumah ni kalau aku ada.. Dah la aku kena makan guna sudu garfu.. Idiot sleeves! Aku dah pasang muncung 3 hasta.. Masih tak berhenti ketawa. Along menggosok-gosok kepalaku dan aku menepis geram.. Along tu saja je gosok kepala aku,lepas tu tarik rambut ayam merah aku itu.. Dah biasa la kena..

“Ummi,tengok Along.. Nak tarik benda merah ni!” Aku mengadu sambil menunjuk ke arah ‘benda merah’ itu kepada ummi tentang Along yang masih menggosok kepala aku..

“Nanti ummi piat telinga Along ye? Along pun.. Biar la satu hari adik tak kena kacau..”Ummi mengambil hati aku masuk team lawan Along.. Along tersengih-sengih dan menyuap nasi ke mulutnya.. Aku jelir lidah kat Along dan tersengih suka.. Malam itu aku berselera betul makan walau tak tambah nasi.. Along lagi gila.. Makan tak ingat dunia sampai 3 pinggan.. Tapi bagus jugak sebab tader nasi terbazir,Along dah sumbat semua nasi dalam perut dia.. Hahaha.. Along aku kuat betul makan tapi tak gemuk-gemuk. Kira tough tu okey la dengan umur dia..

“Huh! Sedap gila ummi masak kan adik? Along makan sampai 3 pinggan..”Along tersandar kekenyangan di sofa.. Habis je makan,keluarga aku biasanya akan duduk sama-sama kat ruang tamu dan tengok TV..

“Haha.. Along memang kuat makan.. Tiap-tiap hari makan 3 pinggan jugak.. Tolak kayu dengan batu pun baham jugak kot..” Aku ketawa mengusik.. Ummi dan abah gelak sama.. Along mencebik dan berpura-pura ralit dengan rancangan Wipeout.. Aku mengalihkan mata ke skrin TV dan selepas 5 minit,aku mula bosan..

“Along,bak sini remote control tu.. Nia dah tengok la yang ni..”Aku menghulurkan tangan kepada Along.. Along tiba-tiba tersengih..

“Apa?”aku bertanya hairan..

“Nak remote control? Cium kaki Along dulu..” Acah Along.. Aku bercekak pinggang.. Geram betul aku dengan makhluk asing bermata dua berotak kecil ini.. Along ketawa..

“Nah,amik la.. Nangis karang susah Along..”Along memberi remote control itu kepada aku lepas tengok aku berpotensi bertukar menjadi Incredible Hulk.. Aku mencubit perutnya sambil ketawa.. Along terjerit dan aku mengajuk jeritannya.. Aku menekan remote control menukar channel AXN kepada channel Nickelodeon.. Wah! Cerita favourite aku! Automatik mata kena gam kat skrin TV.. Hahaha..

“Balik-balik cerita Danny Phantom! Tak puas ke,dik?”Along merungut bosan.. Aku mengeleng laju tanpa mengalih langsung perhatian aku yang sudah terlekat di skrin TV itu.. Obses melampau.. Tengok sepuluh kali cerita sama pun aku boleh lagi gelak terguling biarpun dah ketawa banyak kali kat babak tu.. Memang tak terkata la betapa aku minat cerita ni.. Tak pernah miss.. Kalau kat sekolah je aku tak tengok sangat.. Tapi memang aku dah tengok semua episod Danny Phantom ni.. Tanya je apa-apa pasal Danny Phantom,mesti aku boleh jawab.. Contohnya:
Nama sebenar:DANIEL FENTON
Nama hantu:DANNY PHANTOM
Umur:14 TAHUN
Sekolah:CASPER HIGH SCHOOL
Tempat tinggal:AMITY PARK
Nama ayah:JACK FENTON
Nama ibu:MADDIE FENTON
Nama kakak:JASMINE FENTON/JAZZ
Musuh tradisi:VLAD PLASMIUS/SKULKER/DASH
Hampir semua nama musuh hantu Danny aku ingat.. Aku tak hafal pun tapi kalau dah tengok hari-hari,siapa-siapa pun akan ingat.. Aku suka siapa yang Danny suka macam Sam dan Tucker.. Aku benci orang yang menyusahkan Danny.. Macam Dash.. Hahaha.. Bukan Along aku.. Along baik. Baik la sangat. Haha..

“Biar la Along.. Dia kecik lagi.. Nanti pandai la dia nak tinggal kartun-kartun ni..”ujar ummi memihak aku.. Mata aku tak beralih langsung dari TV.. Tapi aku tau,Along mesti geram sebab ummi sebelah aku..

“Entah.. Along pun tader kurang jugak dengan Nia.. Tak nak mengaku ke minat gila tengok anime?”aku menyindirnya sambil senyum sinis tanpa berpaling.. Along berpaling laju memandang aku.. Geram la tu..

“Just the way I spent my leisure..”Along cuba bagi alasan dan memandang ke kiri.. Senang je nak tengok Along tipu ke tak.. Dia akan tengok arah lain.. Along tak pandai tipu.. Suci betul..

“Banyak la Along punya isi masa lapang! Hahaha.. Nonsense.. Kalau dah dalam jiwa tu budak-budak,anime la jugak.”Aku ketawa mengenakan Along.. Along tersengih ala-ala bengang.. Ummi dan abah join ketawa jugak.. Along memang budak-budak.. Tak tau la camne kawan-kawan dia boleh cope dengan mamat anime ni.. Along tak membalas.. Malu kot.. Aku pula tenggelam dalam cerita Danny Phantom.. Owh,Danny tengah lawan dengan Technus! Tak guna! Technus humban Danny aku?! Rasa nak masuk dalam TV tolong Danny aku lawan hantu.. Oh,tak! Danny nak pisahkan Danny normal dan Danny hantu! Tapi Danny normal lagi handsome.. Rambut panjang sikit.. Aku dah tak berkelip.. Abah tiba-tiba mengeleng kepala melihat ralitnya aku tengok kartun..

“Cuba awak tengok anak perempuan awak tu.. Bila besar nanti mengamuk nak kahwin dengan Danny dia tu..” Abah bercakap dengan ummi.. Ummi tersengih kepada abah sambil melipat kain yang sudah kering.. Aku yang tengah ralit tu buat tak peduli.. Along dah sengih balik..

“Abah,adik tak nak kahwin dengan Danny la abah..”Along menyampuk perbualan abah-ummi sebelum ummi sempat jawab.. Abah berkerut tak faham.. Ummi buat relax je tengah lipat kain..

“Along.. Sibuk Along..”aku balas pendek tanpa berpaling dari TV.. Along buat muka bodoh..

“Kalau bukan Danny,siapa? Adik kan ditakuti di sekolah?”ummi mencelah sambil tersenyum.. Abah dan ummi tengok Along dan aku selang-seli.. Aku tak berpaling dari TV.. Along tersengih-sengih..

“Danny tu spare tyre dia je.. She’s fall for Koudai Imai..”Along menjawab cepat.. Aku buat bodoh lagi sebab cerita Danny belum habis.. Ummi dan abah tambah kerut kat muka.. Tak faham..

“Koudai Imai??”ummi dan abah menyebut serentak.. Along pulak sibuk je angguk laju..

“Who’s that? Sounds really not familiar..”abah bertanya aku yang masih buat kayu.. Malas nak layan Along..

“Tu watak komik yang adik paling suka.. Kira Koudai Imai tu ada ciri-ciri Mr. Right dia la abah..”Along memberitahu abah dengan bersungguh-sungguh.. Haih,Along aku.. Bab tu semangat betul.. Tu belum lagi dia cerita pasal aku buli orang.. Lagi semangat..

“Owh.. Betul ke adik suka Koudai Imai?”Tanya abah.. Nasib baik cerita Danny dah habis.. Aku berpaling arah abah dan mengangguk.. Abah dan ummi tersenyum.. Along,macam biasa dengan kerang busuk dia tu la..

“Takkan la adik suka kartun je kot? Human beings? Tak minat?”ummi pulak bertanya.. Aku tau,ummi dan abah saja uji setakat mana aku berkawan dengan orang lelaki.. Lebih-lebih lagi aku sekolah agama..

“Ummi,abah,nak tau tak? Just few days back,ada sorang lelaki bernyawa mintak phone number Nia.. Konon cakap habis lembut nak jadi kawan special dengan Nia.. Sekali Nia hentak dia cakap,’Aku dengan kau cuma saudara seIslam.. Full stop!’ Nia terus lari bilik guru.. Hahaha..”aku bercerita kepada ummi dan abah.. Ummi dan abah ketawa sambil mengeleng kepala.. Sungguhla anti dengan lelaki macam tu.. Along yang tak tahu pasal tu pun terkejut..

“Nape Along tak tau? Adik tak cerita pun?”muka Along berkerut tak puas hati.. Biasanya cerita macam ni dia tau dulu..

“Nia lupa la nak cerita kat Along..”aku jawab acuh tak acuh.. Along mendengus geram..

“Ala,Along.. Nia betul-betul tak ingat la tadi.. Sungguh ni.. Lupa betul aa..”

“Yela,yela..”

“Habis,lelaki tu macam mana? Reaksi dia?”ummi bertanya..

“Entah.. Maybe nampak macam terus blank kot.. Kan Nia tinggal bodoh je dia.. Yumi cakap tu la orang yang buat mess kat sekolah tahun lepas,cakap ‘saya suka awak,Dania’ depan satu sekolah.. Benci aa..”aku merungut.. Muka Along kejap senyum kejap serius.. Aku menepuk pahanya..

“Apa Along senyum kejap serius kejap ni?” Kami semua memandang Along..

“Tak.. Along tengah reverse memori tahun lepas la.. Yang adik cerita kat Along sambil marah-marah tu ke?”Along meminta kepastian.. Aku mengangguk malas..

“Homosapien tu memang tak kenal lagi sape Nia..”aku mendengus..

“Adik nak buat apa kat dia? Payback?” Along merenung aku,tersenyum sinis..

“Maybe,maybe not.. But he should deserve that.. Nia tak suka dia..”

“Nanti takut terjatuh hati pulak karang.. Ngaa.. Jangan dik.. Along tak nak dia jadi ipar Along.. Hahaha..”Buat lawak pulak Along ni.. Aku menjelingnya geram..

“Just cross your fingers but it will never happen Along..”Aku mencebik.. Along ni saja je nak kena free fire kat mulut.. Along tersengih..

“Along,adik.. Dah la tu.. Dengar ni abah nak bagitau something ni.. Abah dapat tau semalam dari pihak atasan kolej abah,abah kena tukar ke UniKL tahun depan..”Abah memberitahu kami.. Aku dan Along yang terkejut dengan berita itu berpaling mengejut memandang abah.. Ummi tenang je.. Mungkin dah tau lagi awal kot..

“Biar betul abah..”

“Kita kena pindah ke?”

“Adik habis exam je,kita pindah.. Rumah dah ada,tunggu nak pindah je..”Ummi mencelah.. Aku memandang ummi sayu.. Tak terkata.. Aku sayang gila rumah ni.. Aku tak nak pindah..

“Tapi abah,Nia sayang gila rumah ni.. Tak nak la abah..”Aku cuba memujuk..

“Nak buat macam mana dik? Abah pun sayang.. Abah janji tak kan jual rumah ni,okey? Kalau kita pergi jalan-jalan kat Kuantan,kita singgah sini tidur semalaman..”Abah memujuk.. Aku dan Along sama-sama mengeluh.. Buntu.. Dalam sekelip mata,aku rasa semua kegembiraan aku ditarik.. Aku tiba-tiba mengeleng-ngeleng..

“Adik kena pindah sekolah..”kata ummi pendek.. Aku tersentak.. Kepala diangkat serta-merta merenung ummi dan abah silih berganti.. Aku menggeleng laju..

“Tak nak!”laju je mulut aku sebut ayat dua patah itu..

“Nia.. Mesti!”Abah bersuara tegas.. Aku menggeleng lagi..

“Abah,ummi,Nia kan duduk hostel.. Tak kisah la abah duduk kat KL pun tapi biar la Nia stay sini..”aku cuba pujuk lagi.. Aku betul-betul tak nak pindah.. Sayang la kawan-kawan aku sini.. Yumi? Aku tak nak pisah dengan dia.. Rasa nak nangis..

“Adik nak biar ummi duduk rumah sorang-sorang ke? Adik sorang je anak perempuan ummi.. Ummi tak nak jauh dengan adik..”ummi memandang aku,mengharap pengertian aku.. Aku mengeluh lagi.. Aku memandang Along meminta sokongannya.. Along memandang aku simpati.. Aku pegang tangan Along dan menggoncangnya lembut,harap Along tolong aku.. Along menggenggam tanganku erat,menyuruh aku bersabar..

“Along..”mata aku dah merah merenung Along.. Along menggenggam lagi kuat tangan aku.. Setitis gugur jugak di pipi.. Along mengesat air mata aku dan menggosok-gosok belakang agar dapat menenangkan aku..

“Adik ikut je la ummi cakap apa..”Along cuba memujuk.. Tenangnya Along..

“Nia tak nak tinggal kawan-kawan..”dalam sebak,aku cuba bersuara..

“Satu hari nanti adik tetap akan pisah dengan kawan-kawan.. Adik akan jumpa dengan ramai lagi orang.. Adik patut utamakan ummi dalam hal ni.. Ummi tau yang terbaik untuk adik Along ni..”Along tidak berputus asa.. Ummi dan abah cuma jadi pemerhati dan biarkan Along yang memujuk aku.. Aku lebih senang berkongsi hal-hal perasaan aku dengan Along.. Aku mengeleng.. Along menarik kepala aku menyandar di bahunya.. Aku memeluk tubuh Along erat..

“Let everythings out dik.. Along ada sini..”Along menggosok kepala aku perlahan.. Aku tersedu.. Along memang selalu ada untuk aku.. Dengan berat hati,aku mengangguk juga.. Nampaknya aku akan pindah jugak.. Aku tak mahu tanya lagi aku pindah sekolah mana sebab aku dah cukup tak happy dengan berita ni.. Along melepaskan nafas panjang.. Lega..

“Adik dengan Along pergi la naik dulu.. Lepas solat,tidur.. Biar tenang fikiran tu.. Adik jangan fikir sangat.. Nanti ganggu PMR..”abah bersuara selepas lama berdiam diri.. Kami mengangguk perlahan serentak.. Along memimpin aku naik tangga menuju ke bilik aku..

“Adik.. Jangan fikir ek? Everything’s gonna be okay.. I promise..”Along melepaskan tangan aku setelah aku sampai di bilik aku.. Aku mengangguk dan bersalam dengan Along.. Along mencium dahi aku..

“Thanks,Along..”Along mengangguk dan aku pun menapak masuk ke bilik aku.. Teringat sesuatu,aku berpusing balik menghadap Along yang masih menanti di depan bilik..

“Good night..”Aku tersenyum tawar..

“Good night.. Sleep tight,ya?”Along pun tersenyum jugak.. Aku mengangguk lagi..

Selepas menunaikan solat isyak,aku berdoa agar Allah tabahkan hati aku dalam menerima ujian-Nya ini.. Hanya kepada Nya lah aku memohon pertolongan.. Aku menenangkan hati dengan membaca surah Al-Fatihah 3 kali.. Perlahan aku melipat kain telekung dan menyidainya di tempat sidai telekung.. Aku berbaring atas katil dan merenung siling.. Teringat kata-kata abah tadi.. Mata terasa panas balik.. Aku cuba tidur.. Puas pusing 360 darjah,mata tetap tak nak pejam.. Ergh.. Aku benci betul jadi susah tidur macam ni.. Time cikgu mengajar,senang pulak mata aku nak tertutup.. Aku mendengus tak sabar.. Tak boleh tidur.. Aku bangun dari baring.. Air mata yang bertakung di tubir mata dikesat dengan belakang tangan.. Tidur kat bilik Along je la.. Kaki terus melangkah ke bilik Along.. Aku mengetuk pintu bilik Along 2 kali.. Along segera membuka pintu biliknya.. Terkejut tengok aku di depan biliknya dengan mata berkaca..

“Nape dik? Tak boleh tidur?”Along bertanya prihatin.. Rambut Along dah kusut,mesti tengah tidur tadi.. Along menguap sambil menggosok matanya.. Aku mengangguk..

“Tidur dengan Along boleh?”aku bertanya.. Along mengangguk malas dan membuka pintu biliknya lebih luas agar aku boleh masuk.. Nasib baik katil Along double punya,tak payah berhimpit.. Aku berjalan menuju ke katil Along dan berbaring.. Along kembali berbaring di tempat tidurnya tadi..

“Adik fikir lagi ke?”Along bersuara.. Aku berpaling ke kiri.. Along tengok aku,aku tengok Along balik.. Aku angkat bahu..

“Entah.. Like something worse is preventing me from sleep..”

“You shouldn’t thinking about that..”

“I know.. Along.. Nia sayang Yumi dan sekolah tu..”rasa perit di tekak.. Mata bergenang..

“Syyy.. Along tak suka la tengok adik Along sedih camni.. Along pun sedih jugak.. But try control your emotion..”Air mata menitis mendengar suara Along..

“Alalala.. Meh sini kat Along..”Along memeluk aku erat.. Aku menangis lagi.. Rasa terbuku tadi macam dah hilang sikit.. Dan akhirnya aku tertidur sambil peluk Along..

2 comments:

  1. huu~~
    lme da x bce faridania ni,sibuk2, x sempat...
    papehal pon mmg MANTAP laa... =)
    yui ni ntahpape, dlm novel ni pon nk tulis psl DANNY PHANTOM die tu...haha...
    bile bce psl nia yg rpt sgt2 ngn along ni, t'igt plk psl addin yg rapat ngn kucai... =)

    ReplyDelete
  2. hahaha..a'ah..actually yui buat gni sbb yui sndiri pun nk ade abg kakak.. =) yui kn ank sulung.. =) and,tenkiu eh amad..busy2 pun,luang jugk nk bace mende yui buat nih..hahhaa.. ^_^

    ReplyDelete