Popular Posts

Saturday, April 23, 2011

continue of chapter 9

“Weh,guys! Attention jap! Jom amik gambar ramai-ramai.. Korang ada bawak kamera sendiri kan?”jerit King.. Bukan mana-mana Raja England ke apa.. Tu la Head Boy sekaligus jadi Head Prefect kitorang.. Semua orang riuh rendah balik.. Girls school aku memang suka bab-bab ni tapi aku dengan Yumi korang boleh la kata kitorang kes berkecuali.. Masing-masing mengeluarkan kamera.. Aku ada bawak tapi aku tak nak join sekali.. Tapi aku cuma nak gambar member-member sini nak buat kenangan.. Well,my sweet memory begins here.. Never forget this offhanded.. I promise..

“Woi,Zuki! Sini jap..”aku melaung memanggil Zuki.. Dia tengah bercakap dengan member baik dia,Chiqu.. Nama cantik-cantik tapi jadi ciku buat apa.. Zuki berpaling arah aku dan Yumi sambil tersenyum.. Dia melangkah ke arah kami dan mengangkat kening bertanya..

“Apa?”Tanya Zuki,tersenyum lagi.. Dia ni orang marah pun senyum.. Lurus betul..

“Kau tolong amik gambar kawan-kawan kita untuk aku boleh tak? Ala,kira boleh la tu..”aku meletakkan kamera yang dipegang atas tapak tangan Zuki yang ditadah.. Zuki berkerut..

“Korang tak join ke?”

“Tak nak la.. Dah la oi! Buat je la aku suruh tu!”aku dah keluar aura kuasa veto sambil bercekak pinggang geram.. Yumi tersengih je dari tadi..

“Yela,aku pergi.. Kau ni,tak habis-habis nak buli orang..”Zuki memandang Yumi meminta agar Yumi menyokongnya.. Yumi mengangkat bahu sambil tersengih..

“Dah tu,pergi la cepat! Hentak kang!”aku menjegilkan mata dan mencucuk kuat tangan Zuki dengan Pilot The Shaker.. Dia mengaduh sakit sambil menggosok-gosok tangannya.. Riak mukanya pun macam kesian.. Selepas Zuki berjaya buat muka kesian yang aku paling tak heran,dia pun berjalan ke kelompok yang sedang bergambar ramai-ramai..

“Kesian dia,Nia..”Yumi tersengih memandang aku.. Aku tersenyum juga.. Kami menapak ke bangku di kafe sekolah yang tak berapa jauh dengan diorang yang tengah bergambar sakan..

“Taper.. Kira yang last tu.. Aku kan nak pindah..”aku tersengih lucu melihat dari jauh Zuki yang terkial-kial cuba meloloskan diri dari asakan mereka yang berkerumun itu.. Ala,amik result nanti aku mintak maaf la balik..

“Betulla dia tu suci..”komen Yumi merenung Zuki yang masih menangkap gambar dengan bersungguh-sungguh.. Aku ketawa sambil mengangguk mengiakan kata-kata Yumi..

“Aku sampai hari ni tak tau kenapa kau boleh kata orang macam Zuki tu ada ciri Prince Charming kau?”aku memandang arah Yumi dan Zuki selang-seli,tersengih geli hati.. Yumi tersenyum..

“Entah.. Aku tatau.. Dia baik.. Tapi kau jangan ingat aku ‘suka tuuttt’ kat dia.. Terus terang cakap,aku tak minat dia.. Maybe masa tu aku fikir senang nak buli dia kot.. Hahaha..”

“Cis! Derhaka!”aku ketawa lucu.. Yumi berlagak marah.. Dia mencebik geram.. Aku menjeling jam di pergelangan tangan kiri aku..

“Lambat aa Zuki.. Agak-agak kalau aku target Zuki dengan kasut,kena saman tak?”aku bertanya bodoh pada Yumi.. Yumi ketawa besar.. Aku menjeling Yumi..

“Kau buat la.. Dia tak berani marah punya..”Yumi ketawa lagi.. Aku sengih saja..

“Taper.. Aku punya humanity level di tahap stabil lagi.” Aku tersengih memandang Yumi.. Kami serentak berpaling bila terdengar bunyi tapak kasut menuju ke arah kami.. Zuki kelam-kabut berjalan pantas sambil tersengih kepada kami.. Dia mengangkat tinggi kamera aku menandakan dia dah buat apa yang aku minta tadi.. Aku tersenyum segaris.. Yumi tersengih saja..

“Bak sini aku nak tengok..”aku meminta kamera yang masih di tangan Zuki itu.. Dia terus menghulurkannya kepada aku sambil tersenyum..

“Zuki,duduk aa..”ajak Yumi.. Zuki tersengih-sengih,mengangguk.. Dia menarik kerusi di sebelah aku dan menjarakkan sedikit ruang antara kami.. Aku dan Yumi melihat hasil kerja Zuki.. Chantekk!! Aku tersenyum memandang Yumi..

“Baik betul kau ek?”aku bertanya Zuki.. Dia hanya tersenyum senang mendengar pujian aku..

“Weh,sorry..”aku memandang muka Zuki.. Yumi cuma menjadi pendengar.. Zuki mengangkat muka merenung aku pelik.. Aku buat toya..

“Kenapa nak mintak maaf?”Zuki bertanya lurus.. Aku dan Yumi ketawa..

“Kau ni memang suci aa,Zuki..”aku ketawa lagi melihat muka Zuki yang dah berubah merah.. Aku ketawa tak boleh berhenti.. Tatau nak kata apa tengok muka si Zuki ni.. Hahaha..

“Aku banyak buat dosa kat kau.. Maggi kau yang aku main cekup je sebelum ni kira halal la ek? Hahaha..”aku ketawa dan memandang arah Zuki yang kebingungan.. Yumi ketawa sama..

“Nia pindah lusa..”Kata Yumi setelah ketawa reda bila lihat Zuki yang tak faham keadaan itu.. Zuki tersedak tertelan air liur sendiri.. Aku tersenyum..

“Betul ke Nia?”Tanya Zuki perlahan sambil merenung aku.. Aku mengangguk sambil tersenyum ikhlas..

“Ayah aku kena kat KL so,kitorang sekeluarga tader pilihan.. Hari ni kira hari last aku kat sekolah la..”aku tenang menjelaskan perkara itu kepada Zuki..

“Kenapa kau tak bagitau orang lain jugak?”Zuki bertanya laju..

“Buat apa? Diorang lagi suka aku blah nanti..”aku menjulingkan mata ke langit sambil buat muka tak heran.. Zuki tunduk menekur lantai.. Dia diam tak terkata..

“Weh,Zuki.. Kau,Yumi dengan Kelab Memanah je tau pasal ni.. Kalau kau bocor rahsia,jaga kau!”aku sengaja buat muka serius dengan telunjuk diangkat sedikit ke mukanya.. Yumi mengulum senyum kesian.. Zuki mengangguk-angguk laju,takut..

“Erm.. Boleh tak aku nak mintak phone number kau?”Zuki bertanya berhati-hati.. Aku menepuk meja kuat sambil merenung Zuki.. Zuki terkejut.. Yumi buat bodoh..

“Apa kau kata?”aku saja gertak Zuki.. Dia terus tunduk ke lantai sambil menggeleng-geleng kepalanya laju.. Aku ketawa macam nak gila dalam hati.. Apa la dia ni.. Aku mengeluarkan sekeping kertas dan Pilot dari kocek baju sekolah.. Yumi angkat kening,sengih lucu.. Zuki tak sedar apa-apa.. Dia masih merenung lantai.. Aku menulis phone number aku di atas kertas itu.. Aku menolak kertas itu ke depan mukanya.. Zuki mengangkat muka memandang kertas itu dan kemudiannya merenung aku pelik.. Aku mengangkat kening kiri padanya.. Zuki tersenyum suka..

“Hehehe.. Terima kasih,Nia..”Zuki tersengih-sengih..

“Kau jangan jual pulak number tu! Aku humban kau dalam laut karang!”aku saja buat muka serius.. Zuki mengangguk-angguk..

“Nia,kalau member-member kita mintak number kau lepas kau pindah nanti?”Zuki bertanya takut.. Aku berfikir sekejap.. Kalau tak bagi kang,lost contact pulak..

“Kau bagi je la..”aku menjawab pendek..

“Nanti tersebar kat mamat-mamat gatal,macam mana?”Zuki menggaru-garu kepalanya..

“Tak payahla layan..”mudah jawapan aku.. Zuki mengangguk lagi.. Yumi tersengih..

“Umm.. Lepas ni kau dah tak datang sini ke?”Zuki merenung aku.. Aku memandang arah Yumi.. Aku berpaling ke arah Zuki dan merenungnya macam nak membaca hati.. Zuki dah blush dan memandang arah lain..

“Kenapa kau tanya? Takut rindu aku ke?”aku mengusik Zuki sambil mengangkat kening sebelah.. Yumi ketawa kuat tengok muka Zuki dah berubah..

“Err.. Eheh.. Tak.. Em.. Aku mintak diri dulu ek?”tanpa memandang muka kami,Zuki bertanya perlahan sambil bangun.. Skema habis! Nak blah sebab malu la tu.. Hehehe..

“Kau ni apa gaya skema nak mati ni wei?”aku dan Yumi ketawa sampai sakit perut.. Zuki duduk balik.. Dia ni memang la.. Nak je aku amik dia jadi menantu ummi.. Hahaha.. Dah habis lawak sangat la tu..

“Alalala.. Sorry,sorry.. Aku lupa nak kasi insurans kat mulut aku..”aku tersengih.. Zuki tersenyum lebar..

“Bye,Zuki.. Kitorang je la blah dulu..”Yumi tersenyum dan berjalan beriringan dengan aku menuju ke dorm dan bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing.. Nasib baik aku punya buku-buku semua dah beres semalam.. Sempat kemas semalam lepas study subjek last.. Tiba-tiba suara Zuki kedengaran lagi..

“Err,Nia.. See you next time?”Tanya Zuki rendah sambil memandang aku dengan muka merah.. Aku berpandangan dengan Yumi dan tersengih lucu.. Aku memandang pula ke arah Zuki sambil mengangguk dan melambai ke arahnya sebelum berpusing semula menuju ke dorm.. Zuki tersenyum sendiri.. Dia memerhati langkah aku hingga aku hilang dari pandangan.. Hatinya sedikit terusik.. Dia bercakap dengan hatinya.. Betulla selama ni aku fikir Nia tu baik.. Dia tersenyum lagi dan turut menapak menuju ke dormnya untuk bersiap pulang ke rumah..

5 comments:

  1. oh no~~~~~~nape msti zuki????...hehehe....yumi mesti ngan org sbah lah........so kene tmbah wtak org sbah......hehehee...(guro jer ea)

    ReplyDelete
  2. ahhahahha..ari tu xmo ngaku suke ke org sbh..skg tgk mnde jd..ahhahhaa..suke la tu..=D
    kak,ble ni along nk dpt abg ipar??hahhaa..lmbt agi ke???=p

    ReplyDelete
  3. kak ckap psal yumi le....bkan yuni...hehehe....jgan pkir bkan2...hahaha....

    ReplyDelete
  4. ahhahhaa..tp yumi tu kn nme sbenr dye AYUNI??ahhahhaa...=P

    ReplyDelete
  5. jgan lah tmbul kan kntroversi di sini...huhuhu...

    ReplyDelete